home Latest News PTPTN OH PTPTN VS UMRAH

PTPTN OH PTPTN VS UMRAH

15 Oktober, Kota Bharu – Hari ini sukarelawan kita mengunjungi Imegresen Kota Bharu yang bertempat di UTC bersebelahan KB Mall. Tujuan kami ke sini untuk mengemas kini atau memeriksa status ke luar negara kerana pihak Qashwa Travel memaklumkan ada masalah untuk mengeluarkan visa umrah pada bulan November nanti disebabkan ada nama yang kena blacklist tak boleh keluar negara.

Setelah di periksa, ianya berkaitan tunggakan pembayaran hutang PTPTN. Nama telah di senarai hitam kerana tidak membayar hutang mengikut seperti yang di jadualkan.

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahukbar

Kita semua sedar dan tahu wajibnya membayar hutang, akan tetapi bagi individu yang benar-benar tidak mampu untuk membayar hutang tersebut bagaimana. Pengajian telah lama tamat, kerja masih belum ada walaupun dibidang perguruan yang kononnya dulu masa mula-mula belajar di universiti dikatakan seperti confirm dapat tempat bila habis belajar.

kalaupun telah bekerja sekarang ni tapi tidak pula dapat kerja mengikut sijil yang ada. Terasa sangsat sia-sia ilmu yang belajar dulu.

Pasti ada suara-suara menyatakan para graduan terlalu memilih kerja, tapi sedarkah kita semua jika gaji yang kita dapat tidak mencapai taraf hidup di Malaysia ini, mana mungkin kita mampu nak membayar hutang jika untuk makan dan keperluan sahaja pun sekadar cukup-cukup.

Sukarelawan yang bersama abangraja ini pun rata-rata pelajar pelajar universiti bergelumang jadi tukang cat, gaul simen dan sebagainya dan kami tak pernah memilih kerja.

Tidak adil jika kita menyatakan graduan yang menuju ke sektor swasta sahaja mengalami masalah ini, sedangkan graduan yang melangkah ke sektor kerajaan sendiri pun ada ketika terpaksa menunggu 3 ke 4 tahun baru mendapat kerja.

Jika kita perhatikan hutang PTPTN perlu di bayar setelah tamat belajar tanpa mengira graduan tersebut sudah mendapat kerja atau belum.

Pasti kita semua boleh membayangkan berapa ramai graduan yang telah di senaraikan hitam di usia muda, dengan status sebagai penganggur, kerja tidak mengikut kelayakan dan bendapatan yang sangat rendah sehingga tidak mampu membayar hutang.

Begitu juga dengan sikap para majikan, permintaan yang tidak masuk akal. Disaat kita menunjukan sijil diploma, dia mahukan ijazah, apabilad beri ijazah, dan hanya mahukan sijil SPM.

Adakah ini semua secara kebetulan atau ada perkara yang sepatutnya tidak diceritakan / dimaklumkan dengan betul dan tepat.Namun begitu setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Kita merancang, Allah pun merancang dan sebaik-baik perancangan adalah rancangan Allah swt.

Yang pasti kita semua mahu ada cara atau langkah terbaik untuk mengatasi masalah hutang PTPTN ini, berkaitan pengurusannya, ketelusanyan dan segala aspek yang perlu d ambil berat dalam usaha kita melahirkan rakyat yang lebih berkualiti dan negara yang bertamadun.

Jomm kita berusaha menjadi orang baik-baik, kita sebarkan gelombang kasih sayang ini sejauh mungkin dengan harapan suatu hari nanti kita ada ramai orang baik, majikan baik-baik, polis baik, pengurus baik-baik, pembuat polisi baik-baik, para pemimpin yang baik, pelaksana undang-undang baik-baik dan semuanya menjadi orang baik-baik.

Insya Allah…

Supaya kita tidak bersangka buruk dan membuat hati menjadi hitam, ada individu telah bermurah hati ingin menaja sukarelawan kita menunaikan umrah pada hujung tahun ini. Namun begitu kita sedar Allah itu Maha Berkuasa, Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

Semoga kita semua redha dengan ketentuanNya dan menjadi hambaNya yang sentiasa mengingati dan patuh akan perintah dan suruhanNya.

Allahukbar
Allahukbar
Allahukbar

Terima kepada pihak Imegresen Kota Bharu dan Pejabat PTPTN kerana sudi membantu memberi penerangan yang jelas kepada kami, hanya Allah mampu membalas jasa anda semua.

Nukilan dari Hamba Allah
Sukarelawan 3rd Force
Pasir Puteh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.