home Technology Kursus High Impact Photography and Photo Journalism

Kursus High Impact Photography and Photo Journalism

ISNIN | 16 Oktober 2017 – Kursus High Impact Photography and Photo Journalism di Pusat Latihan Thirdforce, Pasir Puteh semalam, telah berlangsung dengan jayanya walaupun ada antara peserta yang tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Peserta yang hadir semalam terdiri daripada sukarelawan thirdforce sendiri dan juga orang awam yang berminat untuk mendalami ilmu dan teknik-teknik fotografi dan penulisan. Seperti kursus yang lepas, kursus fotografi dan penulisan siri ke-3 ini juga dikendalikan oleh Encik Latfy Anuar Latif. Satu nama yang disegani dalam dunia Photography dan Creative Art yang juga sinonim dengan Thirdforce.

Kita kagum dengan semangat dan comitment yang ditunjukkan oleh Encik Latfy yang sanggup datang dari Kuala Lumpur ke Pasir Puteh, untuk memenuhi jemputan mengendalikan kursus tersebut.

Dalam kursus tersebut, peserta diajar dengan teknik-teknik asas fotografi seperti apa itu ‘shutter speed’, ‘appature’ dan juga ‘ISO’. Selain itu, Encik Latfy juga menjelaskan jenis-jenis shot atau angle yang biasa digunakan dalam fotografi seperti ‘medium shot’, ‘close up’, ‘over the shoulder’, dan lain-lain.

antara peserta yang hadir Kursus High Impact Photography and Photo Journalism yang di adakan dekat bilik gerakan The 3rd Force Pasir Puteh

Dalam sesi kedua kursus, peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan diminta mengambil gambar beberapa jenis shot yang telah dipilih dengan hanya menggunakan handphone masing-masing. Peserta diberikan 15 minit untuk tugasan tersebut sebelum gambar-gambar tersebut diserahkan dan dibincangkan bersama-sama.

Untuk sesi petang, peserta diajar dengan teknik penulisan untuk membantu peserta menulis penceritaan. Antara yang diajar dalam teknik tersebut, peserta perlu menjawab soalan seperti APA, SIAPA, BILA dan DIMANA dalam satu ayat.

Kursus tersebut berakhir pada jam 5 petang selepas ucapan dari Abangraja berkaitan kepentingan high impact photography dan juga penulisan yang dapat menarik pembaca, terutama sekali dalam misi bantuan yang dilakukan oleh Sukarelawan Thirdforce.

Terima kasih kepada Encik Latfy yang telah memberi ilmu dan juga berkongsi pengalaman beliau dalam bidang fotografi kepada semua peserta yang hadir dalam kursus semalam.

Semoga kursus ini dapat membantu peserta yang hadir untuk mengambil gambar dan menulis penceritaan berdasarkan gambar yang diambil. Doakan agar kursus-kursus seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang supaya ramai lagi yang akan dapat manfaat terutama sekali sukarelawan Thirdforce yang turun ke lokasi atau menziarahi asnaf kelak.

Kalian semua keluarga besar thirdforce adalah dijemput untuk turut sama dalam kursus-kursus seperti ini yang akan diadakan pada masa akan datang …

Insya Allah .

Laporan disediakan oleh
Muhamad Hariri
Sukarelawan Thirdforce
017-8678767

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *