home Medical DOA UNTUK SYAKIR: KASIH SAYANG DIPUPUK KEPRIHATINAN DI BENTUK ANAK SRIDAF

DOA UNTUK SYAKIR: KASIH SAYANG DIPUPUK KEPRIHATINAN DI BENTUK ANAK SRIDAF

Saya menerima gambar-gambar anak-anak SRIDAF (Sekolah Rendah Islam Darul Furqan) Besut, satu-satunya sekolah rendah islam di Besut yang mengadakan solat hajat khas untuk seorang pelajarnya iaitu adik Syakir yang bertarung dengan sejenis penyakit di hospital.

SRIDAF yang baru berusia dua tahun dengan jumlah pelajar yang baru sekitar 130 orang lebih adalah sekolah rendah islam yang pertama di daerah besut. Hati jadi sayu dan sebak melihat bagaimana para ustaz melatih diri anak-anak SRIDAF tahun 1 dan 2 ini untuk ada rasa kasih sayang dan prihatin kepada salah seorang rakan pelajar yg terlantar di hospital.

Nilai-nilai seperti inilah yang makin terhakis atau berkurangan dlm sistem pendidikan kita …

Jom sama-sama kita doakan adik Wan Syakir Husaini yg mengidap sakit Alpha Thalasemia ini diberkan kesembuhan dan semoga kedua ibubapanya diberikan kesabaran yg berterusan

Solat hajat yg dilakukan oleh para ustaz bersama pelajar adalah satu pendekatan hikmah dalam memupuk rasa kasih sayang dan prihatin antara satu sama lain. Semua pelajar terlibat bukan sekelas atau sorang dua. Secara tak langsung ibarat satu sekolah ditanam roh kasih sayang dan prihatin kepada saudara yang terkena ujian Allah.

Pendekatan seperti inilah yang kita payah nak tengok sekarang. Kita setiap hari membesar dikelilingi satu persekitaran yg pentingkan diri sendiri. Kita tak kisah dan tak terasa sedih anak jiran / anak sahabat kita masuk hospital dsbg asalkan anak kita sihat ok jelah …

Kita jadi sangat selfish.

Kita jadi tak ada perasaan nak solat hajat untuk orang lain mohon doa dari Allah. Hati kita keras membatu. Kita hanya tahu menggembirakan diri sendiri. Kita tak reti tak tahu tak pandai nak gembirakan orang lain.

Semoga Allah berikan kita peluang untuk jadi orang baik-baik.

Jom sama-sama kita doakan adik Wan Syakir Husaini yg mengidap sakit Alpha Thalasemia ini diberkan kesembuhan dan semoga kedua ibubapanya diberikan kesabaran yang berterusan ..

Itulah yang terbaik dari kita sebagai seorang saudara.
Doakan lah …

Jommmmmm …

Aminnnn …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *