home Latest News KENALI JIWA-JIWA MURNI THIRDFORCE SABAH

KENALI JIWA-JIWA MURNI THIRDFORCE SABAH

KENALI JIWA-JIWA MURNI TF SABAH YANG BERSATU HATI BERJUANG UNTUK MEMBINA KASIH SAYANG DAN TAMADUN BANGSA

“SUKA–RELA–ONE (satu tujuan kerana Allah)”

Tawau, 18 Oktober 2017- Dunia kesukarelawanan sangat mencabar dan penuh liku-likunya tersendiri. PERKALAS@3rd Force Sabah juga tidak terlepas. Semenjak 6 tahun gerakan kemanusiaan ini berlangsung di bumi Sabah pelbagai onak duri dan ragam ujian untuk sukarelawan kita.

Alhamdulillah setelah 6 tahun itu beberapa insan istimewah telah aku temui. Pasti mereka bukan yang terbaik namun mereka sentiasa belajar dan terus belajar untuk memajukan diri dan memberikan yang termampu kepada masyarakat yang memerlukan.

Mereka tidak dibayar, tiada populariti khusus untuk anak-anak muda ini dan tiada janji besar untuk imbuhan kerja-kerja mereka. Gila dan tidak masuk akal di mata orang ramai. Aku sendiri menggelarkan sahabat-sahabatku ini ” Orang Gila” dan sering juga mereka menggelarkan diri mereka ” Orang kaki lima”.

Mereka datang dari pelbagai latar belakang budaya, pedidikan, bangsa, kerjaya, kepakaran namun di dalam gerakan misi kemanusiaan, mereka bersatu di dalam PERKALAS@ 3rd Force Sabah. Anak-anak muda ini bersetuju untuk berjuang terus menerus membela fakir miskin di bumi Sabah.

Mereka tidak dibayar, tiada populariti khusus untuk anak-anak muda ini dan tiada janji besar untuk imbuhan kerja-kerja mereka. Gila dan tidak masuk akal di mata orang ramai. Aku sendiri menggelarkan sahabat-sahabatku ini ” Orang Gila” dan sering juga mereka menggelarkan diri mereka ” Orang kaki lima”.

Bila ditanyankan apa alasan GILA yang membuatkan anak-anak muda ini seperti orang KECANDUAN turun padang membantu fakir miskin dan asnaf. Jawapan mereka mudah ” kami semua dari golongan orang susah dan pernah hidup susah”. Penderitaan yang pernah mereka alami satu ketika dulu menjadi pemangkin untuk mereka bangkit membantu fakir miskin saat ini.

Jom sertai mereka semua untuk kita bersama menyebarkan gelombang kebaikan. Di luar sana tenaga dan pengorbanan anak muda masih dinanti-nantikan oleh fakir miskin dan golongan yang memerlukan.

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@3rd Force Sabah
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *