home Latest News PROGRAM MERAIH CINTA ANAK-ANAK BAJAU LAUT@ GIPSI LAUT@PALA’U

PROGRAM MERAIH CINTA ANAK-ANAK BAJAU LAUT@ GIPSI LAUT@PALA’U

PERHATIKAN GAMBAR-GAMBAR MEREKA INI. TIADAKAH SEKELUMIT IHSAN KALIAN UNTUK MENYUMBANG?

PROGRAM MERAIH CINTA ANAK-ANAK BAJAU LAUT@ GIPSI LAUT@PALA’U

Pulau Omadal dan pulau Mabul 17 Oktober 2017- Bajau laut atau lebih biasa dipanggil Pala’u merupakan masyarakat yang sangat terpinggir dari semua segi. Kewujudan mereka di perairan Sabah terutama di pulau-pulau sekitar Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan telah ada sejak ratusan tahun lalu.

Atas kesedaran bahawa kanak-kanak masyarakat Pala’u terpinggir berbanding kanak-kanak lainnya, sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah telah melaksanakan satu program khusus untuk anak-anak pala’u ini agar mereka sedar masih ramai yang peduli dan ambil berat dengan mereka.

Team Sukarelawan PERKALAS@3rd force Sabah seramai 23 orang bersama 3 orang pegawai perikanan Semporna telah meredah lautan lebih kurang 1 jam 45 minit dari pekan Semporna ke Pulau Omadal dan pulau Mabul untuk menceriakan adik-adik Pala’u ini.

Setelah puas meredah ombak dengan bot laju 500 kuasa kuda, team sukarelawan sampai ke destinasi. Antara Barang yang diedarkan oleh sukarelawan ialah :

1) Edaran ais krim kepada 300 orang kanak-kanak pala’u di dua pulau.
2) Agihan roti 120 bungkus kepada ibubapa masyarakat Pala’u.
3) Pelbagai jenis permainan
4) Mineral water
5) 100 bungkus “panggi@piutu” makanan tradisi masyarakat bajau.

Team Sukarelawan PERKALAS@3rd force Sabah seramai 23 orang bersama 3 orang pegawai perikanan Semporna telah meredah lautan lebih kurang 1 jam 45 minit dari pekan Semporna ke Pulau Omadal dan pulau Mabul untuk menceriakan adik-adik Pala’u ini.

Hati begitu terusik di saat para sukarelawan mengedarkan satu persatu ais krim kepada kanak-kanak pala’u. Mereka berebut-rebut dan begitu bersemangat menikmati ais krim yang diedarkan. Mungkin bagi kita ais krim itu tidak ada nilai. Namun bagi anak-anak pala’u nikmat ais krim tersebut tidak terucap dengan kata-kata.

Dalam perjalanan pulang di bot yang sesekali terumbang ambing dihentam ombak kelihatan para sukarelawan banyak yang termenung. Mungkin semua memikirkan tentang nasib anak-anak pala’u ini. Sebilangan besar anak-anak pala’u ini buta huruf. Semoga Tuhan sentiasa mendakap hati hambanya di luar sana untuk bersama membantu masyarakat pala’u ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat sehingga program ini terlaksana. Setinggi penghargaan kepada team perikanan Semporna yang menyediakan bot laju untuk PERKALAS&3rd Force Sabah, saudara Ismail Sainuddin dari Haluan Sabah dan semua orang baik-baik di seluruh Malaysia yang sentiasa menyokong dan berkoban apapun untuk membantu PERKALAS@3rd Force Sabah.

In sya Allah Pasti aku dan sukarelawan akan kembali untuk anak-anak pala’u ini.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan”.
(Ar-Rum – 22).

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
Pulau Mabul & Pulau Omadal Semporna.
PERKALAS @ 3rd Force Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *