home Latest News  Kelas Seni Bela Diri Taekwondo

 Kelas Seni Bela Diri Taekwondo

 Kelas Seni Bela Diri Taekwondo

sabtu 21 Oktober 2017 – Pada setiap hari Khamis sebelah petang para sukarelawan akan mengikuti kelas seni bela diri (Takewando) yang diajar oleh Ustaz Isma selaku jurulatih yang turut sama menginfakkan kepakarannya dalam seni mempertahankan diri ini untuk sukarelawan thirdforce. Untuk khamis yang lepas kelas berjalan seperti biasa dan jurulatih mengajar lagi satu teknik serangan melalui tendangan kaki.

Ustaz Isma selaku jurulatih yang turut sama menginfakkan kepakarannya dalam seni mempertahankan diri ini untuk sukarelawan thirdforce

Bagi minggu-minggu yang sebelumnya kami hanya menjalankan latihan di tapak badminton sahaja. Memandangkan ruang tapak tersebut begitu padat hasil inisiatif daripada abang Raja, beliau mencadangkan untuk membesarkan lagi tapak latihan tekwando.

Kini tempat latihan tersebut telah di besarkan kawasannya hasil gotong-royong yang dilakukan oleh para sukarelawan thirdforce. Ianya bertujuan agar dapat memberi peluang kepada para anak-anal muda di sekitar kampung dan para pelajar tahfiz di Maahad Tahfiz berdekatan agar turut ikut serta dalam latihan.

Terima kasih kepada Ustaz Isma (Jurulatih) yang sudi menyumbangkan kepakaran dalam seni bela diri tekwando untuk kami (sukarelawan).

Abangraja sangat menekankan fitness dan kecergasan diri kepada semua sukarelawan kerana kerja2 kemanusiaan ini sangat mendambakan tahap kesihatan yg tinggi untuk angkat barang bantuan bagi diagihkan kepedalaman, nak bina rumah2 orang miskin dsbg.

Semoga ianya dapat meningkatkan lagi stamina kami seterusnya dapat menfaatkan lagi ilmu seni bela diri ini kepada masyarakat di luar sana. Diharap semangat kami untuk terus belajar lagi sentiasa berterusan dan tidak berputus asa untuk meneruskkan kelas latihan seni bela diri Taekwondo ini.

Abangraja juga sedang mempersiapkan latihan silat untuk kami pada hari lain .selain latihan memanah pada hari jumaat sebelah pagi.

Laporan disediakan oleh
junaidi
Sukarelawan Thirdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *