home Construction Kerja Mengecat Tahfiz Al-Tarmizi, Kg Wakaf Bunut, Pasir Puteh Kelantan.

Kerja Mengecat Tahfiz Al-Tarmizi, Kg Wakaf Bunut, Pasir Puteh Kelantan.

Kerja Mengecat Tahfiz Al-Tarmizi, Kg Wakaf Bunut, Pasir Puteh Kelantan.

22 Oktober 2017 – Ahad
Hari ini kerja mengecat surau Tahfiz Al-tarmizi kg Wakaf Bunut, Pasir Puteh diteruskan untuk menyiapkan bahagian dalam dan luar. Kerja mengecat yang tinggal hampir 80% saja lagi untuk siap dan insyaallah dijangka siap dalam seminggu dua lagi.

Kerja mengecat yang tinggal hampir 80% saja lagi untuk siap dan insyaallah dijangka siap dalam seminggu dua lagi.

Hari ini dua sukarelawan thirdforce telah menyambung semula kerja mengecat bahagian dalam surau tahfiz. Kerja memasang mozek juga hampir siap dan memudahkan kerja kami untuk melakukan bahagian finishing mengecat.

Surau ini akan digunakan oleh adik- adik yang berumur lingkungan 7 hingga belasan tahun dan dibantu oleh beberapa tenaga pengajar. Mereka rata-rata dari kelantan dan dari luar negeri kelantan seperti Selangor, Sabah dan sebagainya.

Tujuan mereka hanya satu untuk mendalami ilmu Agama Islam. Walaupun usia muda, mereka dapat menghafal ayat-ayat Al-quran dengan lancar dan fasih. Ada yang telah menghafal 12 juzuk di usia 9 tahun. Subhanallah.. Apabila siap sepenuhnya surau ini, dapatla mereka belajar dan menghafal dengan selesa dan selamat.

Tak dapat bayangkan betapa besarnya pahala yang diperolehi hasil dari pengorbanan mereka yang menyumbang untuk membina surau tahfiz ini serta betapa banyaknya saham akhirat yang mengalir sepanjang surau ini digunakan.

Terima kasih buat penyumbang yang tidak putus-putus menyokong kerja kemanusiaan ini.

Semoga adik-adik tahfiz Al Tarmizi dapat menjadi pelapis menurunkan ajaran agama islam pada masa akan datang.

Untuk be detail bagaimana boleh terus sama2 membantu mendapatkan saham akhirat masing-masing sila pm ke inbox fb page ni.

#wearethethirdforce
#togetherwearestronger
#jomjadiorangbaikbaik

Laporan disediakan oleh:
Zulkifli dan Ramadan
Sukarelawan Thirdforce.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *