home Latest News PTPTN OH PTPTN (episod 2)

PTPTN OH PTPTN (episod 2)

22 Oktober, Kota Bharu- Alhamdulillah, untuk kali kedua datang ke sini untuk selesaikan urusan PTPTN. Memang tiada pilihan lain, selain terpaksa membayar juga untuk membersihkan nama daripada di senarai hitam dan tuntutan agama bahawasanya hutang perlu di bayar.

Pujian dan ribuan terima kasih diucapkan kepada En.Mohd Hafizi selaku staff di Pejabat PTPTN di UTC Kota Bharu, tidak lupa juga staff-staff yang lain. Layanan baik dan bantuan cadangannya sangat membantu kami.

Rupa-rupanya, ramai yang datang ke pejabat PTPTN hari ini dengan pelbagai masalah masing-masing. Bila tengok ada juga makcik-makcik yang datang nak selesaikan pinjaman mereka, pinjaman anak-anak.

Terus terdetik dihati, beginikah nasib aku dan peminjam-peminjam PTPTN yang lain nanti? Lewat usia pun masih terikat dengan hutang. Bila nak merdeka? Bila nak bebas dari hutang? Berapa ramai sekarang yang terikat dengan hutang? Maka, terpaksalah kerja kuat diusia muda kalau nak senang masa tua.

Kalau tak kenalah pulun belajar sehabis daya dapat result cemerlang boleh lah dapat pengurangan atau pengecualian bayaran balik ptptn bila habis belajar nanti walaupun adalah tersangat sukar bagi kursus2 tertentu utk dapat 1st class dan peratusannya sangat rendah sejak universiti tu dibina namun kita takde choice … Have to work hard and get good result.

Kalau tak maka get ready!
Have to pay back of course laa kan …

Masa nak pinjam dulu tak pernah terfikir pun nasib akan jadi seperti ini sebab tak ada yang memberi nasihat atau pendapat. Orang-orang tua kat kampung tak arif sangat bab-bab pinjaman ni. Yang mereka tahu iklan kat televisyen sahaja, siap hafal lagi dialog “PTPTN kan ada”. Sekarang macam inilah jadinya.

Pendapat 20 sen saya, jadikan PTPTN sebagai pilihan terakhir. Banyak hutang yang perlu dijelaskan selepas anda tamat belajar nanti. Beritahu anak-anak, sedara -mara, jiran-jiran dan bakal-bakal pelajar, cuba cari alternatif lain seperti biasiswa, kerja ‘partime’ ke, berniaga kecil-kecilan ke, atau bermacam lagi lah.

Rezeki Allah itu kan ada di mana-mana. Yang penting kita yakin dan redha dengan segala ketentuannya.

Insya Allah..

Ayuh semua, di sebalik kita kesibukan dengan urusan dunia, jangan kita lupa usaha kita untuk sama-sama menjadi orang baik-baik, usaha kita untuk menyebarkan gelombang kasih sayang ini ke serata pelusuk dunia. Jangan kita pernah rasa letih atau lelah untuk terus mencari keredhaanNya dan mengumpul saham akhirat masing-masing.

Hubungi 3rd Force kawasan yang terdekat untuk sebarang pertanyaan dan kekeliruan atau boleh terus personal inbox.

#jommjadiorangbaikbaik
#wearethr3rdforce
#togetherwearestronger

Perkongsian oleh
Hamba Allah 1 & 2
Sukarelawan 3rd Force

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *