home Religion SANTAI NURANI

SANTAI NURANI

ISNIN | 23 Oktober 2017 – Solat sunat Dhuha secara berjemaah telah menjadi rutin harian yang akan dilakukan oleh Abangraja bersama Sukarelawan Thirdforce di Pasir Puteh. Amalan ini telah mula dipraktikkan secara istiqamah sejak 3 bulan kebelakangan ini.

Selepas solat Dhuha, Abangraja akan membaca tafsir Al-Quran untuk difahami dan seterusnya dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian, insya Allah. Abangraja akan membaca tafsir, asbab nuzul ayat tersebut dan apa yang dihuraikan oleh ulamak berdasarkan hadis dan sebagainya. Kebiasaanya Abangraja akan menjelaskan apa yang ada dalam tafsir tersebut kepada Sukarelawan dengan lenggok bahasa yang mudah difahami dan ada antaranya perkara yang sering kita lakukan sepanjang hari.

Ada antara Sukarelawan yang ditugaskan untuk merakam slot tersebut untuk disunting sebelum dikongsikan kepada masyarakat, supaya sama-sama kita mendapat manfaat daripadanya, Insya Allah. Slot tersebut dinamakan “Santai Nurani” dan telah dimuat naik (upload) kedalam Youtube Channel Raja Shamri.

Kepada semua yang mencari bahan tontonan yang mengandungi manfaat dan disampaikan secara santai oleh Abang Raja, boleh layari Youtube Channel beliau. Jangan lepaskan peluang untuk menonton dan mengambil iktibar dari apa yang disampaikan dalam slot ringkas tersebut. Insya Allah..

Semoga ramai yang mendapat manfaat daripada ilmu dan perkongsian di Slot Santai Nurani ini.

Boleh layari Youtube Channel rasmi Raja Shamri Raja Husin di https://m.youtube.com/user/abangraja.

Coretan ringkas
Muhamad Hariri
Sukarelawan Thirdforce
Golden Minds Studio

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.