home Latest News SEPETANG BERSAMA WARGA ROHINGYA DI PUSAT OPERASI THIRDFORCE

SEPETANG BERSAMA WARGA ROHINGYA DI PUSAT OPERASI THIRDFORCE

Hari ini booth jualan amal pampers Thirdforce di datangi seorang hamba Allah dari bangsa Rohingya saudara seagama kita juga. Mohd ibrahim namanya. Seorang OKU di bahagian tapak kaki dimana bila berjalan dia seperti keadaan tempang sikit.

Dia seorang penjual barang-barang islamik seperti kelender islam dan gambar tulisan al- quran. Beliau menjalankan jualannya dari pintu ke pintu dengan membonceng basikal bermula dari sekitar Kota Bharu hinggalah ke Pasir Puteh.

Jauh jugak tu.

Saya tanya beliau tinggal di mana kat sini ? katanya tinggal di masjid-masjid sekitar Kota Bharu sahaja.

Hati terdetik seketika kerana ingatkan dia datang hendak minta sumbangan untuk saudara-saudari yang menjadi mangsa kekejaman oleh kerajaan Myammar yang zalim itu. Rupa-rupanya dia datang hendak berjual niaga.

Mohd ibrahim, seorang penjual barang-barang islamik seperti kelender islam dan gambar tulisan al- quran. Beliau menjalankan jualannya dari pintu ke pintu dengan membonceng basikal bermula dari sekitar Kota Bharu hinggalah ke Pasir Puteh

Saya tanya sedikit mengenai keganasan yang berlaku di tempatnya. Tiba-tiba dia tertunduk diam dengan kelihatan air mukanya seolah-olah ada sesuatu yang mengingatkannya kembali. Saya cuba tanya perihal mengenai keluarganya. Katanya mereka semua telah lari tak tahu entah kemana katanya. sampai sekarang beliau tidak tahu dimana keberadaan keluarganya dan apakah status keadaan mereka sekarang.

Umumnya memang kita semua mengetahui dengan apa yang telah berlaku di bumi Arakan dimana ribuan saudara kita di zalimi dan di tindas akibat kerakusan kerajaan di sana yang memerintah.

Terasa hati ini tiba-tiba sebak bercampur baur dengan perasaan simpati selepas mendengar luahan yang menimpa nasib kaum keluarganya. Tidak dapat di bayangkan betapa peritnya kehidupan mereka di sana sekiranya kita berada di tempat mereka..

Allahu…

Di pendekan cerita saya cuba pelawa dia untuk minum air dalam bilik gerakan kerana kelihatannya beliau seperti keletihan mungkin sebab penat kayuh basikal dari jauh. Tapi dia tolak pelawaan saya sambil tersenyum lalu beredar walaupun di sebalik senyumannya itu seolah-olah ada sesuatu yang di pendamnya.

Sejak duduk bertalaqi dengan Abang Raja di dalam kerja-kerja kemanusian. Hati ini telah terdidik untuk sentiasa kekal positif. Perasaan saya pun tak berapa senang melihat orang yang berada dalam kesusahan.

Saya pun panggil beliau semula dengan niat nak beri sedikit sumbangan atas tanda keperihatinan dan simpati terhadap kesusahan yang melanda saudara kita di sana. Tapi hairannya dia tolak juga derma saya itu.

Orang kita kat sini pantang susah sikit cepat sangat nak ambil kesempatan atas program bantuan dan kemanusiaan.

Tidak mengapalah yang penting niat nak membantu itu ada walaupun tak kesampaian. Tapi terasa diri ini rugi pula bila ada peluang untuk beramal yang Allah berikan itu tidak kesampaian. Mungkin ada sebab dan hikmahnya Allah hadirkan beliau datang mari.

Tidak apalah yang penting kita semua ada niat yang baik bila berada dalam situasi sedemikian..

in sha Allah kita pakat doakan Ibrahim dapat di pertemukan semula dengan sanak saudaranya. Semoga Allah permudahkan urusannya mencari rezeki.

Ada orang tanya kenapa Thirdforce tidak lancarkan bantuan untuk mangsa pelarian Rohingya. Siapa pulak pandai2 kata macam tu? Kalian mungkin tak tahu apa yang abangraja dan thirdforce buat … Tak semua benda perlu di hebohkan.

Kita juga boleh lihat sendiri telah banyak NGO dan agensi kerajaan yang pergi hantar bantuan. Lagipun Thirdforce tidak dapat geran dana dari mana-mana pihak. Jadi buat masa ini cukuplah terlebih dahulu kami cuba bela nasib saudara kita yang ada di Malaysia ini dulu.

Keutamaannya disitu.

Kerana masih ramai lagi fakir miskin dan asnaf yang perlu sama-sama kita bantu di negara kita ini sendiri.

Jadi tidak kira buatlah kebaikan walau di mana jua tempat.

Yang penting hati kita ikhlas membantu untuk mencari redha Allah semata-mata.

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK….

#PrayForROHINGYA
#The3rdFORCE

Perkongsian dari
JUNAIDI
Thirdforce Pasir Puteh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.