home Volunteerism TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH

TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH

23 Oktober, Depoh 3rd Force – Antara rutin yang perlu di lakukan oleh sukarelawan 3rd Force ialah memeriksa keadaan kenderaan-kenderaan di bawah seliaan dan penjagaan 3rd Force Pasir Puteh.

Kenderaan-kenderaan 3rd Force ini perlu di jaga sebaiknya kerana ia adalah amanah dari tuan-tuan semua. Kita di HQ berusaha sebaik mungkin agar semua kenderaan ini dalam keadaan yang terbaik.

Kita sentiasa cuba memastikan tempoh servis kenderaan tidak melebihi yang sepatutnya untuk mengelakkan timbulnya masalah lain dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk. Kita tidak ada dana yang khusus untuk kos-kos berkaitan seliaan kenderaan-kenderaan 3rd Force.

Antara benda-benda yang kita ambil berat adalah seperti minyak hitam, keadaan tayar, prestasi enjin dan lain-lain lagi. Selain faktor menjaga kenderaan yang ada, keselamatan sukarelawan juga perlu di ambil kira.

Kita tidak mampu membalas jasa-jasa penyumbang-penyumbang semua, sebagai tanda terima kasih, kita berusaha sebaik mungkin untuk menjaga kenderaan-kenderaan yang telah anda semua sumbangkan.

Kita ada 4×4, lori, van anak prihatin, van jenazah, boat dan beberapa lagi kenderaan hasil sumbangan anda semua. Semuanya digunakan oleh sukarelawan dalam kerja2 kemanusiaan kita setiap hari. Tak dapat kami bayangkan pahala berterusan yang mengalir kepada mereka yg menyumbang kenderaan ini kepada ksmi.

Semoga dengan segala usaha kita yang kecil ini akan mendapat ehsan Allah swt. Teruskan perjuangan orang baik-baik ini, sentiasa ikhlaskan hati, betulkan niat dan tidak mencari salah orang lain.

Insya Allah…

Allah pasti menjanjikan sesuatu untuk kita semua. Kita sebarkan sejauh mungkin gelombang jadi orang baik-baik ini.

#jommjadiorangbaikbaik
#wearethe3rdforce
#togetherwearestronger

Laporan oleh
Safuan Salehan
Sukarelawan 3rd Force
Pasir Puteh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *