home Latest News PROGRAM MERAIH CINTA ANAK-ANAK SYURGA MA’AAD TAHFIZ AL-QURAN

PROGRAM MERAIH CINTA ANAK-ANAK SYURGA MA’AAD TAHFIZ AL-QURAN

PROGRAM MERAIH CINTA ANAK-ANAK SYURGA MA’AAD TAHFIZ AL-QURAN TINAGIAN BESAR, JALAN TUGGKU.

Lahad Datu 24 Oktober 2017 – Misi mendekati dan memberi keselesaan kepada anak-anak yang kurang berkemampuan menjadi salah satu keutamaan sukarelawan PERKALAS @ 3rd Force Sabah.

Hari ini sukarelawan kita telah bergerak ke MA’AAD TAHFIZ AL-QURAN TINAGIAN BESAR, JALAN TUGGKU. Sebelum ini team sukarelawan telah ziarah ke Ma’aad tahfiz ini. Sangat daif, adik-adik terpaksa ikut giliran memakai jubah untuk kelas Al Quran mereka kerana kekurangan pakain (jubah dan serban).

Bagi pelajar wanita pula tiada katil atau ruang selesa sebagai wanita tersedia, Contohnya rak menyimpan pakai dikongsi beramai-ramai. Tiada bantal yang cukup dan tilam. Untuk memasak pula mereka hanya punya dapur satu mata bagi menyediakan hidangan puluhan pelajar.

Sukarelawan kita telah menyerahkan beberapa keperluaan antaranya ialah : 1) Dapur gas 2) Jubah 3) Bantal 4) Karpet

Alhamdulillah doa anak-anak syurga ini TELAH MENEMBUS LANGIT. Hari ini berkat doa mereka ada insan-insan pilihan Allah yang perihatin dengan nasib anak-anak ini. Sukarelawan kita telah menyerahkan beberapa keperluaan antaranya ialah :

1) Dapur gas
2) Jubah
3) Bantal
4) Karpet

Mereka begitu teruja dengan pemberian bantal tersebut. Begitu juga adik-adik lelaki yang menerima jubah. Namun riak muka kecewa beberapa orang adik-adik ini kerana tidak mendapatkan jubah atas alasan tidak mencukupi. In sya Allah Jubah baru dan serban pasti akan datang lagi.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sentiasa menyokong perjuangan sukarelawan PERKALAS & 3rd Force Sabah. Sumbangan dan amanah anda semua dari seluruh Malaysia telah kami sampaikan. Hari ini kita juga ditemani sukarelawan cilik Adik Firdaus yang begitu teruja ingin mengikuti ayahnya (BRO KIDAL KOORDINATOR LD) Hanya tuhan yang akan membalas jasa dan pengorbanan sahabat-sahabat semua.

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS @ 3rd Force Sabah
01119560583.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *