home Latest News SUKAN MEMANAH: TAK SEMUDAH YANG DISANGKA (ABANGRAJA FOR PARALIMPIK)

SUKAN MEMANAH: TAK SEMUDAH YANG DISANGKA (ABANGRAJA FOR PARALIMPIK)

 SUKAN MEMANAH: TAK SEMUDAH YANG DISANGKA (ABANGRAJA FOR PARALIMPIK)

Jumaat | 27, Oktober 2017 – Hari Jumaat adalah penghulu segala hari bagi Umat Islam. Bagi negeri-negeri sebelah timur, hari jumaat merupakan cuti hujung minggu, selepas bekerja pada hari minggu. Pelbagai aktiviti yang dilakukan untuk mengisi masa lapang pada hujung minggu.

Bagi sukarelawan Thirdforce, hari jumaat diisi dengan kelas memanah yang merupakan antara sunnah Rasulullah yang amat disarankan supaya dipelajari. Kelas memanah ini diwujudkan untuk mengisi masa-masa sukarelawan dengan aktiviti yang bermanfaat disamping melakukan misi kesukarelawanan.

antara sesi latihan memanah. ia bertujuan untuk menguatkan tangan .

Memanah adalah termasuk dalam kategori sukan atau riadah yang memerlukan daya tumpuan yang tinggi dan juga menguji kecergasan badan. Walaupun ianya nampak senang, tetapi tanpa latihan yang cukup dan teknik yang betul, mustahil bagi kita untuk melepaskan anak panah tepat pada sasaran secara konsisten.

Dalam sukan memanah ini, terdapat pelbagai jenis busur yang digunakan, antaranya busur tradisional yang semakin mendapat tempat di negara kita kebelakangan ini. Ada juga busur yang dikenali sebagai ‘recurve bow’ yang banyak digunakan dalam sukan di sekolah dan universiti. Untuk ‘recurve bow’, ada jenis kayu dan besi, dimana busur yang besi lebih daripada busur kayu. Satu lagi busur yang digunakan adalah ‘compound bow’ yang agak mahal berbanding dengan ‘recurve bow’.

Perbezaan antara ‘recurve bow’ daripada busur yang lain adalah ‘recurve bow’ terdapat beberapa bahagian iaitu ‘riser’, ‘limb’ dan juga ‘string’ iaitu tali busur tersebut. Bahagian-bahagian ini perlu dipasang sebelum menggunakannya. Bagi sukarelawan, kita menggunakan busur jenis ‘recurve’ ini.

Walau apapun jenis busur yang digunakan, latihan dan teknik merupakan aspek yang penting dalam sukan ini. Kebiasaanya, latihan mengambil masa satu ke dua tahun untuk membetulkan teknik pemanah tersebut.

Bagi latihan memanah, kekuatan tangan amat penting supaya tangan tidak menggeletar apabila melepaskan anak panah. Pemanah tidak memegang busur sepanjang masa latihan, ini kerana ada juga jenis latihan tanpa busur seperti ‘planking’ yang bertujuan untuk menguatkan lagi bagian tangan kita.

Dengan adanya riadah seperti ini kita dapat mengelakkan sukarelawan daripada membuang masa dengan perkara yang sia-sia dan juga dapat mengeratkan sulaturrahim antara kita.

Insya Allah.

Coretan ringkas
Muhamad Hariri
Sukarekawan Thirdforce
Pasir Puteh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *