home Latest News BERBAKTI KEPADA TANAH : TALAQI BERSAMA ABANGRAJA

BERBAKTI KEPADA TANAH : TALAQI BERSAMA ABANGRAJA

BERBAKTI KEPADA TANAH : TALAQI BERSAMA ABANGRAJA

27 Oktober 2017- Jumaat | Kelmarin selepas sarapan sempat ke Pasar Minggu Pasir Puteh. Tujuannya untuk mencari anak pokok manggis dan durian belanda yang diberitahu oleh Abg Raja untuk ditanam di kawasan sekitar depot transport transport. Alhamdulilah, jumpa jugak pokok yang hendak dicari dan pokoknya kelihatan subur.

Banyak penjelasan yang diberikan oleh seorang Pak Cik yang menjual pokok manggis dan durian belanda tentang tip yang betul untuk menanamnya. Dari segi jarak pokok ke pokok yang lain, pembajaan, kawalan serangga perosak dan sebagainya.

Rupa- rupanya banyak juga pokok buah yang lain turut dijual di pasar minggu seperti limau kasturi, limau nipis, jambu madu, mangga, durian, delima, pokok bunga dan sebagainya.

Sempat membeli dua pokok manggis, dua pokok durian belanda dan satu pokok durian belanda.

Manggis (Garcinia mangostana) merupakan sejenis buahan bermusim. Harga untuk satu anak pokok manggis yang diberi nama Mesta, berharga RM20.00. Dibiak melalui biji dan dikacuk (hibrid)) dengan kaedah belahan batang. Berbeza dari manggis biasa dari segi saiz fizikal pokok dan saiz buah serta tempoh matang.

Dikatakan dalam setahun lebih saja boleh berbuah dan buahnya agak manis. Tak sabar rasanya nk tengok dan rasa buahnya. Buah Manggis sangat sedap dan manis. Tidak hairanlah harga satu kilo buah manggis agak mahal. Nak makan memangla sedap, tapi nk tunggu berbuah kena ada kesabaran.

Insyaallah, akan ditanam hari Isnin ini dikawasan Depot Transport Thirdforce selepas tapak tanaman siap. Mengikut petua dari abangraja berdasarkan hadis yang dibaca pada kuliah dhuha, hari isnin merupakan hari yang paling baik untuk bercucuk tanam. Dalam kitab pon ada mengatakan hari isnin paling sesuai bercucuk tanam.

Durian belanda (Annona muricata L.) ia bukan dari spesis durian biasa. Bagi anak pokok durian belanda pula berharga RM 5.00 sepokok, bergantung kepada saiz. Jangka masa untuk berbuah dalam 2 tahun. Pokok ini sangat terkenal pada masa ini.

Ia terbukti mampu memberi kesan anti tumor/ kanser yang sangat kuat dan terbukti secara perubatan menyembuhkan pelbagai jenis kanser. Buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, menurunkan tekanan darah tinggi, dan menormalkan sistem saraf yang kurang baik.

Kita jangan lupa sentiasa berdoa dan kuasa penyembuhan segala penyakit adalah daripada Allah S.W.T.

Abagraja cakap dia tak mampu nak usahakan tanaman dengan keadaan beliau berkaki palsu. Jadi kami adik-adik beliaulah yang akan bantu. Saya sendiri sebagai graduan dalam bidang senibina landscape sangat berbesar hati bila abangraja mengajak saya berkongsi ilmu dan seni lansdcape untuk dimanfaatkan di depot transport thirdforce.

Cuba bayangkan..pokok yang ditanam hidup subur dan berbuah dengan lebat..tentu seronok kan.

Jom sama-sama kita berbakti kepada tanah bercucuk tanam pokok buah- buahan untuk hasil jangka masa hadapan.

#wearethethirforce
#togetherwearestronger
#jomjadiorangbaikbaik

TF Zulkifli
Graduan Senibina Landscape
Sukarelawan Thirdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *