home Columns ANAKMU ANAKKU JUGA : SATU PERASAAN YANG TERHAKIS

ANAKMU ANAKKU JUGA : SATU PERASAAN YANG TERHAKIS

ANAKMU ANAKKU JUGA : SATU PERASAAN YANG TERHAKIS

Semalam sempat menziarahi jenazah adik Syakir di rumah neneknya dan menyertai solat jenazah mengiringi perjalanan terakhir anak syurga ini disisi ibu dan ayah serta kawan-kawan beliau.

Adik Syakir pelajar Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) yang disangkakan menderita sakit Alpha Talasemia tetapi pada saat akhir doktor dapati beliau juga mengidap tumor dalam kepala.

Ramai betul yang hadir semalam rata-rata adalah ibubapa anak-anak rakan syakir yang belajar sama-sama di SRIDAF. Satu pemandangan luar biasa dimana ibubapa bawa anak masing-masing mengunjungi jenazah rakan yang meninggal dunia.

jenazah adik Syakir selamat di kebumikan di tanah perkuburan islam di kg neneknya

Ada yang bertanya siapa dan dari mana anak-anak kecil yang ramai beratur nak ambik air sembahyang untuk solat jenazah ni? Seorang ibu menjawab ini rakan-rakan sekolah syakir.

Begitulah indahnya bila didikan islam ditanam dalam diri anak-anak.
Pendidikan seperti inilah yang kita kena sama2 bantu dan kembangkan.

Di saat kain kapan hendak ditutup, rakan-rakan syakir yang kesemuanya baru darjah 1 dan 2 berada disisi memberikan kucupan terakhir, sama2 solat jenazah dan mata ini menjadi saksi hampir kesemua ibubapa yang hadir menitiskan air mata.

Perasaan sayang dan sedih bercampur baur dalam dada. Syakir bertarung hampir sebulan dihospital dan anak-anak SRIDAF selama itulah juga solat hajat dan mendoakan Syakir. Mereka baru sehari memulakan peperiksaan akhir tahun khamis lepas tanpa syakir dalam dewan peperiksaan dan kematian syakir pada jumaat malam menjadikan ibubapa mengambil kesempatan semalam hari sabtu untuk hadir membawa anak masing2 rakan-rakan syakir di SRIDAF melawat jenazah.

Ini adalah apa yang patut kita terapkan dalam hati ibubapa disekolah. Rasa sayang dan kasih, ambil berat dan prihatin, anak orang lain seolah seperti anak kita sendiri. Inilah satu penerapan nilai murni yang sangat penting dalam diri anak-anak.

Bukannya pentingkan diri sendiri tak ambik kisah hal anak orang … yang penting anak kita berjaya, dapat nombor satu, sihat, cemerlang dsbg. Anak orang sakit, meninggal, tak berapa cemerlang kita tak pernah nak ambil tahu … kita tak pernah rasa gusar dan khuatir … walhal ianya SATU SIKAP YANG SANGAT SALAH. Satu penerapan nilai yang sangat tersasar!

Islam mengajar sebaik-baik manusia adalah yang bagi manfaat kepada orang lain. Islam mengajar pembinaan tamadun itu dilakukan secara kolektif, bersama-sama dan berjemaah … Islam mengajar kasih sayang dan prihatin antara satu sama lain.

Dan itulah yang saya saksikan ibubapa anak-anak SRIDAF lakukan semalam dengan menziarahi jenazah adik syakir sambil bawa bersama anak masing-masing rakan syakir disekolah.

Jommm sama-sama kita didik hati kita dan hati anak-anak kita agar melihat orang lain, anak orang lain … dengan satu perasaan kasih dan sayang seperti anak kita juga. Sekolah akan meletup result bila ibubapa ada perasaan seperti ini. Bukannya asyik compete / bersaing sesama ibubapa, asyik cari salah, asyik maki hamun anak orang.

Semoga Allah suburkan perasaan kasih sayang sesama kita ibubapa anak-anak SRIDAF dan semua ibubapa seluruh Malaysia.

Anak orang anak kita juga.
Mereka masih terlalu kecil tak tahu apa-apa
Kitalah yang perlu mencorakkanya
dengan ilmu dan iman
Kasih dan taqwa.

Al-fatihah untuk arwah Adik Syakir.

Abang Raja
Majlis Ibubapa dan Guru (MIBG)
SRIDAF 2017/2018
Casa De Raja
Pasir Puteh, Kelantan.
29/10/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *