home Medical KES PELAJAR MRSM BESUT ADIK SHAHRUL YANG BERJUANG SAKIT TULANG BELAKANG

KES PELAJAR MRSM BESUT ADIK SHAHRUL YANG BERJUANG SAKIT TULANG BELAKANG

29 Oktober, Kuala Besut | KES PELAJAR MRSM BESUT ADIK SHAHRUL YANG BERJUANG SAKIT TULANG BELAKANG

Sukarelawan 3rd Force di HQ Pasir Puteh telah berkunjung ke MRSM Besut hari ini bertujuan melawat sekolah adik Mohd Shahrul Ezham bin Hamzah yang telah menjadi viral baru-baru ini laman sosial FB. Kita melakukan kunjungan ke sekolah adik ini setelah mendapat maklumat dari orang ramai.

keadaan rumah Adik Shahrul

Mohd Shahrul Ezham bin Hamzah, pelajar Tingkatan 5 MRSM Besut yang sedang mendapatkan rawatan di HRPZ 2 Kota Bharu kerana masalah tulang belakang yang sangat kronik, dan beliau telah  selamat menjalani pembedahan pada 23 Oktober baru-baru ini. Kunjungan kita ke MRSM Besut telah di sambut baik oleh kaunselor sendiri iaitu Cikgu Ghazali. Beliau yang sangat mesra menerima kunjungan thirdforce dan menyambut baik usaha-usaha untuk membantu adik Shahrul.

Sukacita kita mendapat tahu pihak MRSM BESUT dan guru-guru di situ telah berjaya mengumpulkan dana untuk pembedahan adik Shahrul yang berjumlah hampir RM10,000. Kita sangat mengkagumi kesatuan hati-hati staf dan guru-guru MRSM Besut kerana telah mampu mengumpul dana untuk pembedahan beliau dan bersatu hati membantu adik shahrul yang datang dari keluarga yang serba kekurangan.

Ayah beliau yang hanya bekerja sebagai tukang kebun sekolah dan ibunya yang dulu bekerja sebagai pembantu kantin sekolah terpaksa berhenti kerja untuk menjaga adik Shahrul yang sakit mana mungkin keluarga ini mampu menanggung kos pembedahan adik Shahrul itu. Kita juga di maklumkan oleh pihak MRSM akan keadaan rumah keluarga ini yang sangat daif, yang mana akan menjadi satu masalah apabila adik Shahrul keluar dari hospital kelak.

Kita akan mengadakan lawatan susulan ke rumah adik Ezham ini untuk kita kenal pasti keaslian kes seterusnya merangka plan bantuan yang komprehensif jika perlu. Kita sangat berhati-hati kerana kerja-kerja amal kita semua adalah atas sumbangan orang ramai. Kita tidak mahu menjadi pembaziran atau menimbulkan fitnah atas kerja-kerja amal kita semua.

Sedikit info tentang adik Shahrul :

-Mendapat bantuan khas dana MARA (BUDI) untuk pelajar miskin dari tingkatan 1
-Anak sulong drp 3 org adik beradik, beliau seorang BWP dan bergraduasi pada tpng 3.66
-Trial SPM mendapat 5A
-Pernah diwadkan di hospital pasir putih selama 3 minggu dan keluar wad apabila pihak hospital gagal mengesan penyakit beliau
-Atas inisiatif guru-guru, beliau dibawa ke Hospital KB dan disahkan mengidap tibi tulang pada tulang spinal dan tulang t6 dan t7 yng memerlukan pemindahan segera untuk mengelakkan risiko lumpuh.

Allah datangkan kes seperti ini kepada kita semua, kerana Allah yang Maha mengetahui segalanya. Mungkin kerana kesatuan hati-hati kita semua, Allah bantu kita dalam mencari keredhaanNya. Allah beri kita peluang dalam merebut saham-saham akhiratNya.

3rd Force di HQ Pasir Puteh telah berkunjung ke MRSM Besut hari ini bertujuan melawat sekolah adik Mohd Shahrul Ezham bin Hamzah yang telah menjadi viral baru-baru ini laman sosial FB

Abangraja yang dari minggu lepas mahukan kami mengesan dan menyiasat kes ini sangat teruja untuk membantu. Namun kita tetap kena siasat dan mendalami permasalahan asnaf secara menyeluruh untuk plan bantuan yg tepat.

Abangraja yang juga bekas pelajar MRSM sangat terkesan dan cukup gelisah kami tengok bila beliau tahu ada pelajar MRSM yang datang dari keluarga serba kekurangan dan memerlukan bantuan … mungkin kerana abangraja pernah merasai keperitan tersebut dulu …

Ayuh semua keluarga besar 3rd Force, bersama abangraja dan thirdforce kita bantu adik ini dengan cara kita masing-masing. Bantu tidak semestinya dengan duit atau tenaga, doa itu juga suatu bentuk bantuan yang tidak ternilai dari seorang kepada seseorang.

Ikuti kisah adik Shahrul ini, kita sama-sama turun melawat beliau, kita ambil kisah tentang saudara kita ini, kita bantu semampu boleh, sama-sama kita berdoa, kita jadikan negara ini negara yang berkasih sayang, dan saling menjaga satu sama lain.

Terima kasih kepada MRSM Besut kerana sudi menerima kunjungan sukarelawan 3rd Force. Terima kasih juga di atas segala usaha-usaha guru-guru dan staff serta orang ramai yang telah dahulu membantu adik Shahrul. Allah sahaja yang mampu membalas jasa anda semua.

Insya Allah..

Laporan oleh
Safuan dan Afiffudin
h/p: 013-9617103
Sukarelawan 3rd Force
Pasir Puteh
29/10/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *