home Medical SUKARELAWAN 3RD FORCE BANTU SAUDARA BARU KITA (MUALAF)

SUKARELAWAN 3RD FORCE BANTU SAUDARA BARU KITA (MUALAF)

SUKARELAWAN 3RD FORCE BANTU SAUDARA BARU KITA (MUALAF) UNTUK URUSKAN TEMUJANJI PEMBEDAHAN BAGI MEMBUANG SATU KETULAN YANG TUMBUH DI DAHI.

(TF ADI)29.10.2017- Hari ini seawal jam 8 pagi saya (sukarelawan Thirdforce ) telah berada di bilik wad pembedahan HUSM Kubang Kerian bagi menemani dan membantu menguruskan saudara baru kita yang akan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di dahi.

Namanya Maidin bin Manggi berasal dari Beluran, Sabah. Baru 4 bulan masuk di pengajian pondok Pasir Puteh Kelantan. Sebelum ini mengaji di Pusat latihan dakwah Kudat dan selepas itu sambung belajar E-Access International College Johor Bharu tapi mengaji 5 bulan sahaja kerana tumpuan belajar terganggu sebab pada masa itu hatinya banyak berbisik untuk lebih memahami dan mendalami lagi ilmu agama islam buat dirinya yang baru sahaja memeluk agama islam. Alhamdulillah berkat hidayah Allah SWT doanya di makbulkan dan beliau dapat berhijrah ke Kelantan untuk menuntut ilmu agama dengan lebih lagi di salah sebuah pondok agama di sini.

Telah hampir setahun beliau mengalami penyakit yang agak ganjil itu. Dr pakar HUSM yang bertugas melakukan pembedahan itu menjelaskan ianya satu minyak di dalam kulit muka yang di sebabkan punca tumbuhnya jadi jerawat. Tetapi ketumbuhan di dahi yang di alami oleh Maidin ini ianya berpunca dari minyak yang terkumpul di dalam kulit muka yang gagal menghasilkan jerawat sehingga ia tumbuhnya satu ketulan yang agak besar bersaiz sebiji guli.

Wallahualam….
Seharian juga menunggu panggilan dari Dr pakar untuk masuk ke bilik bedah. Kelihatan suasana di HUSM hari ini agak sibuk dan terlalu ramai yang datang untuk urusan rawatan dan temujanji. Tepat jam 6 petang Maidin di panggil dan di bawa masuk ke bilik pembedahan. pembedahan tersebut selesai lebih kurang jam 9 malam. Hampir 3 jam proses pembedahan di lakukan. Selepas itu beliau di masukkan ke bilik pemulihan.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Cuma malam ini keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk kami balik ke Pasir Puteh, jadi kami terpaksa bermalam HUSM di sebuah bilik khusus yang khas bagi mereka datang untuk menemani pesakit.

Lagi pun bekas luka jahitan kepala Maidin sudah mula terasa sakit kerana kesan ubat bius sudah tiada. Jadi saya sarankan malam ini kami bermalam di HUSM dan esok baru balik. Biarlah dia berehat terlebih dahulu.

Tahniah dan jutaan terima kasih kepada pegawai perubatan dan staff HUSM yang terlibat yang telah membantu kami untuk pada hari ini.

Mari sama-sama kita doakan untuk saudara Maidin semoga hidupnya sentiasa mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Allah SWT agar mudah menuntut ilmu agama dan di berikan kefahaman. Supaya sentiasa perteguhkan keimanannya dan ketakwaannya untuk terus sentiasa berada di jalan yang lurus dan benar yakni agama islam.

aamiin….

Perkongsian daripada
ADI
HUSM
Kubang Kerian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *