home Medical Lawatan Susulan Kes Adik Shahrul Ezham

Lawatan Susulan Kes Adik Shahrul Ezham

Lawatan Susulan Kes Adik Shahrul Ezham.

30 Oktober, Pasir Puteh – Syukur di panjatkan kepada Ilahi kerana hari ini sukarelawan telah bertemu dengan ayah kepada adik Shahrul, abang Hamzah di rumah beliau di Lorong Haji Mahkan, jalan SMK Kamil Pasir Puteh.

Sebelum berkunjung ke rumah beliau, kita sempat membeli sedikit barang-barang keperluan di Econ Jaya sebagai tanda amalan masyarakat kita yang seringkali membawa buah tangan apabila melawat seseorang.

Biarpun keadaan rumah yang sangat daif, namun kebersihan menjadi satu kewajipan bagi keluarga ini, pelbagai jenis tanaman memenuhi sekitar kawasan rumah dan juga reban untuk haiwan ternakan keluarga ini.

Menurut abang Hamzah, rumah yang di duduki sekarang adalah milik sepupu beliau dan beliau tinggal di atas ehsan sepupunya. Dan abang hamzah sedar akan tiba masa nanti beliau dan keluarganya perlu berpindah keluar dari rumah itu. Berpendapatan RM 900.00 sebulan sebagai tukang kebun sekokah, dapat kita andaikan mana mungkin beliau mampu membina rumah sendiri atau membeli tanah.

Beliau turut memberitahu kita tentang permohonan untuk mendapatkan Rumah Mesra Rakyat atau rumah PPRT masih belum ada jawapan walaupun telah sekian lama membuat permohonan. Selain itu beliau tidak dapat mana-mana bantuan dari JKM atau sebagainya. Namun kita perlu memastikn perkara ini dengan pihak-pihak yang terbabit supaya tidak timbul salah faham.

Tinjuan kita mendapati keadaan rumah tersebut sangat tidak sesuai dengan adik Sahrul yang baru sahaja menjalani pembedahan tulang belakang. Nampaknya kita perlu merangka pelan bantuan yang termampu kita berikan kepada keluarga ini. Dan yang pasti dengan petunjuk dan keizinan dari Allah swt. Sudah pasti kita mahukan berikan yang terbaik sebagai tanda persembahan kita kepada Yang Esa.

Kita di pertemukan dengan pelbagai kes asnaf yang mana jenis bantuan tidak pernah sama kerana kita perlu mengikut keperluan dan keutamaan , Allah melatih kita semua agar berfikiran lebih terbuka dan matang dalam melaksanakan sesuatu tindakan.

Ayuh kita semua sebagai keluarga besar orang baik-baik ini, kita sama-sama fikirkan apa yang terbaik untuk keluarga ini, kita bantu keluarga ini, kita tambah saham akhirat kita, kita cari redha Allah. Semoga dengan cara ini kita akan mendapat sedikit ehsan dariNya.

Insya Allah…

Jomm kita semua bantu adik sharul dan keluarga beliau dalam masa yang sama kita bantu diri kita sendiri. Seperti yang selalu abangraja pesan … bukan untuk selesaikan masalah tetapi untuk membeli saham akhirat masing-masing disini.

#jommjadiorangbaikbaik
#wearethe3rdforce
#togetherwearestronger

Laporan oleh
Safuan, Ramadan & Zulkifli
H/p: 013-961 7103
Sukarelawan 3rd Force
Pasir Puteh
30/11/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *