home Volunteerism MESEJ KASIH SAYANG THIRDFORCE UNTUK MEMBANTU SEMUA AGAMA DAN BANGSA

MESEJ KASIH SAYANG THIRDFORCE UNTUK MEMBANTU SEMUA AGAMA DAN BANGSA

TF SABAH] MESEJ KASIH SAYANG THIRDFORCE UNTUK MEMBANTU SEMUA AGAMA DAN BANGSA : ISLAM ITU UNTUK SEMUA

Aku selalu menerima mesej yang nada menghentam tetapi dibuat sedikit rumbai-rumbai untuk menutupnya. Tapi aku faham maksud mereka dan doakan yang terbaik untuk mereka kerana kepeduliaannya terhadap gelombang jom jadi orang baik-baik.

Apabila program PERKALAS @ 3rd Force Sabah bekerjasama dengan sahabat-sahabat non muslim kita, pasti banyak mesej yang kurang menyenangkan aku terima. Islam itu bagi aku kasih sayang, toleransi, dan Hidayah dari Allah.

Aku ada terbaca satu ilmu luar biasa dari Hujjatul Islam Imam Al Ghazali. Beliau berkata apabila bertemu dengan orang bukan Islam beliau akan berkata “Jika engkau melihat orang kafir, maka katakan dalam hatimu, ‘Aku tidak tahu, bisa jadi dia akan masuk Islam dan mengisi akhir hidupnya dangan amal kebaikan, dan dengan keislamannya itu dosa dosanya keluar dari dirinya seperti keluarnya rambut dari timbunan tepung. Sedangkan aku, bisa jadi tersesat dari Allah (karena tidak mau meningkatkan iman) dan akhirnya menjadi kafir, dan hidupku berakhir dengan amal buruk. Orang seperti ini bisa jadi besok menjadi orang yang dekat dengan Allah dan aku menjadi orang yang jauh dari Allah”.

Ramai mungkin orang tidak percaya jika aku katakan aku melihat sesuatu hakikat kasih sayang Islam di dalam PERKALAS@3rd Force Sabah. Ada andy Chong, Sofian, Mohd Hamizan dan ada Puan Magret Chong Sui Lan@ Maisarah. Siapa mereka dan keluarga mereka dahulu ????

** Andy Chong Ayahnya mualaf (cina) hari ini anak muda ini korbankan masanya untuk kerja-kerja kebajikan bersama PERKALAS@3rd Force Sabah.

** Yan ayahnya berbangsa Bajau dan ibunya berbangsa Tator (Tanah Toraja) dan ibunya seorang mualaf. Sangat aktif membantu PERKALAS @3rd Force Sabah. Dalam hal pengangkutan suda menjadi tangungjawabnya mengangkut barang sumbangan ke destinasi program.

**Mohd Hamizan@ amis anak muda yang berkorban masa dan tenaga membantu fakir miskin bersama PERKALAS @ 3rd Force Sabah. Datoknya seorang Belanda. Dengan hidayah satu keluarganya Islam.

**Puan. Magaret Chong Sui Lan @ Pn Maisarah ketua Srikandi PERKALAS@3rd Force Sabah juga seorang mualaf.

Ramai diluar sana mencari sinar kebenaran (ISLAM) jangan kita menjadi penghalangnya dengan perilaku yang terus inginkan kesempurnaan sehingga menyebabkan orang semakin jauh dari Islam.

Sepertimana yang pernah abangraja pengasas thirdforce tulis di facebook ini satu masa dulu … ada orang agama yang
suka dan mudah menjatuhkan hukum … Walhal sukar sekali untuk turun kebawah menyantuni ramai yang miskin dan hanya sendawa kenyang dengan pelbagai jamuan mewah selepas selesai berceramah agama membaca ayat-ayat Allah dari satu masjid ke satu masjid!

Bantulah kami untuk bantu ramai lagi yang memerlukan.
Kerana Islam itu bukan pada janggut, jubah, serban dan ibadat sahaja …

Ada muamalat yang perlu juga disempurnakan!

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@ 3rd Force Sabah
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *