home Latest News HARI-HARI PERTAMA KEMBALI KEPADA ISLAM

HARI-HARI PERTAMA KEMBALI KEPADA ISLAM

[TF SABAH] HARI-HARI PERTAMA KEMBALI KEPADA ISLAM

Subuh perlahan-lahan aku bangun supaya orang lain tidak sedar.. Aku pergi di dapur depan tandas sebab rumah kecil. di situ aku bentang sejadah duduk saja diam-diam dengar azan (masjid selang 1 rumah dari rumahku).

Aku tidak buat apa-apa di atas sejadah tu. Cuma diam-diam. Sebabnya, aku tak pandai solat.. Aku tak pandai sebut ayat-ayat bacaan arab dalam solat tu 😭😭😭.

Masuk bab makanan…Ni lagi satu hal untuk aku, masa tu aku tak kenal perkataan “samak”. Langgar saja pakai kuali, piring, sudu, gelas yang ada di rumah… Sebab kadang- kadang jika open house christmas, CNY aku tengok kawan-kawan muslim pun tak kisah. Apabila telah tahu benda tu salah, baru ku cuba perbetulkan perlahan-lahan

Tapi satu hal yang muncul, mak bapak mula terasa apabila aku guna pinggan mangkuk yang baru. Tambahla aku dipulau, disindir.

Mencabarnya bila sorang-seorang menjadi mualaf di rumah keluarga bukan Islam. Tapi hati dan perasaan ibu bapa perlu dijaga dan Islam yang baru aku kenal itu sangat menitikberatkan perkara ini.

Percaturan Allah memang luar biasa. Dua minggu masuk islam, aku dapat tawaran DPLI course Counseling di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ini aku sangat pelik bila difikir balik… Sebabnya, aku tak mintapun kos kaunseling ni, UIA pulak tu!!! & Guidance di UIA…

Satu-satunya universiti yg mewajibkan bertudung. Setahun di UIA masa masuk kena berhijab. Duduk serumah pula dgn kawan-kawan course Bahasa Arab golongan ustazah. Jadi bila keluar dari UIA pasti akan terasa lain bila tiba-tiba buka tudung. Dari situ akupun bawa kebiasaan dari UIA hingga sekarang.

Di sana, permulaan yang paling baik aku rasa selepas menjadi mualaf. Tak perlu lagi solat senyap-sentap di dapur seperti sebelumnya. Aku bebas belajar dgn housemate-housmate ustazah. Aku tak pandai jawi, jadi main hafal saja Al fatihah tu. Maksudnya pun aku tak faham. Beli buku panduan yang ada ruminya supaya boleh hafal.

Bila solat tarawikh sorang, 8 rakaat. Al ikhlas, al falaq, an nas & al kausar ni saja yang aku ulang-ulang kesian. Sebab hanya ini yang aku boleh baca dan hafal. Subuh pula tiada doa qunutnya, sebab aku tidak hafal.

Entahlah, kadang-kadang aku rasa susah sangat mau hafal..Dan kadang-kadang aku mengaku malas dan putus asa tu memang ada.

Perancangan Allah yang luar biasa datang lagi. Aku kenal dengan suami aku sekarang (Jalil). Perkenalan kami berapa bulan sahaja dia terus masuk meminang. Aku pula tak fikir panjang. Terima saja lagipun orangnya baik dan macho hihihi. Paling penting dia boleh tolong aku kenal Islam lebih jauh.

Setelah kawin aku berjumpa dan berkenalan dgn kawan-kawannya. Ada yang bertanya macam mana boleh kenal ustaz Jalil ?. Aku…. 😱😱😱😱😱ustaz???. Aku tak tahu pula suami aku ini ustaz… Da kahwin baru tahu…

Alhamdulillah Allah mmg betul-betul permudahkan segala urusanku untuk belajar memperbaiki diri. Dengan husbndku baru aku banyak belajar semua. Aku mula belajar iqra masa umur 25 tahun. Hingga sekarangpun masi belajar sebab masih tidak dapat mengaji dengan lancar namun aku takkan pernah putus asa.

Parents pun sudah tiada masalah. Salam dan cium tangan mak bapaku telah jadi macam biasa.. Sebab mula-mula dulu lainnya rasanya sebab tak pernah buat.

Ini sedikit perkongsian perjalanan aku selama KEMBALIK kepada Islam. Alhamduliah aku dikelilingi dengan ramai sahabat yang baik sampaila sekarang. Saat ini juga aku berusaha dengan sahabatku berjuang dalam PERKALAS @ 3rd Force Sabah untuk menyebarkan “GELOMBANG KEBAIKAN”

Teruskan tunjuk dan buat yang baik-baik dengan saudara-saudara kita yang bukan Islam agar penerimaan mereka tentang Islam juga baik…

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

MAGRATE CHONG SUI LAN@ MAISARAH HANNAN
PERKALAS @ 3rd Force Sabah
1/11/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *