home Latest News MENJEMPUT RAHMAT ILAHI

MENJEMPUT RAHMAT ILAHI

[TF HELMI IBRAHIM] MENJEMPUT RAHMAT ILAHI

Sewaktu melayari newsfeed Facebook beberapa hari lepas, perhatian saya tertumpu kepada satu pautan berita Sinar Harian yang di kongsikan oleh rakan FB yang bagi saya amat menyentuh hati.

Kisah dua beranak yang hilang tempat bergantung lantaran si suami selaku tonggak keluarga telah di jatuhkan hukuman penjara seumur hidup akibat kesalahan berkaitan dadah.

Kisah malang dua beranak ini berterusan apabila mereka tidak mampu membayar sewa rumah yang sedia tertunggak lalu mereka keluar dari rumah dan menumpang tidur di surau-surau pada waktu malam manakala untuk mengalas perut mereka mencari sisa-sisa makanan dari tong sampah.

Secara spontan kelopak mata ini di genangi mutiara panas melihat anak perempuan berumur lima tahun sebaya anak saya terpaksa mengharungi keperitan sebegitu rupa hasil silap percaturan si bapa. Betapa pula peritnya si ibu ingin melindungi keselamatan dan maruah diri serta anak kecil tersebut di saat persekitaran luar yang penuh dengan segala macam kejahatan yang tidak mengenal usia dan tempat.

Namun maklum balas yang di berikan oleh wartawan Sinar Harian yang melaporkan isu tersebut agak melegakan di mana mereka berdua telah di bantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kini tinggal bersama keluarga terdekat.

Terima kasih atas keprihatinan Sinar Harian dan tindakan pantas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertindak atas maklumat tersebut.

Syukur pada Ilahi dalam tempoh dua beranak ini menumpang teduh di luar tempohari tidak berlaku apa-apa kejadian yang tidak di ingini.

Kes sebegini bukanlah yang pertama kali berlaku bahkan sering kedengaran di sana sini apatah lagi dalam keadaan ekomoni yang agak suram dan kekangan hidup yang semakin menjerut kewarasan.

Alangkah indahnya jika pihak berwajib dapat menyediakan satu tempat berteduh sementara contohnya di masjid tumpuan utama sebagai pusat persinggahan sementara untuk kes-kes seumpama ini. Paling tidak orang awam tahu lokasi untuk di hantar atau di rujuk mereka yang bermasalah untuk perlindungan seketika.

Tindakan pro aktif sesetengah masjid dan surau yang menyediakan makanan secara percuma untuk mereka yang dalam kesempitan amatlah terpuji dan ternyata banyak perut-perut yang kelaparan dapat di alas buat seketika.

Inisiatif terpuji tersebut wajar di panjangkan pula dengan menyediakan tempat transit untuk berteduh sementara menantikan bantuan seterusnya dari pihak berwajib untuk mereka yang senasib dengan dua beranak tadi.

Mungkin pihak berwajib seperti Jabatan Agama Islam Negeri atau Baitulmal boleh mengorak langkah menerusi projek percubaan di masjid negeri dengan melibatkan orang ramai sebagai penyumbang dan sukarelawan.

Semoga institusi masjid dapat di optimumkan fungsinya dalam memberikan perlindungan kepada insan yang kurang bernasib baik ini dan moga hasil santunan kepada golongan sebegini mengundang keberkatan dari Ilahi dengan menggantikan kesukaran yang di alami dalam masyarakat kepada kebaikan dan kesejahteraan berpanjangan.

Abangraja pasti takkan menolak jika cadangan ini diketengahkan kepada beliau. Sekarangpun thirdforce telah menyediakan perumahan untuk golongan seperti ini menumpang di Batu Balai Kuala Krai.

Sokongan dan dukungan kalian semua keluarga besar thirdforce yang menyumbang sikit sorang menjadikan usaha kita dalan mengembalikan kemanusiaan dalam masyarakat kita ini inayaAllah boleh kita realisasikan.

Jommm jadi orang baik-baik.

HELMI IBRAHIM
Thirdforce Media
1footfoward.com
1/11/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *