home Latest News PERJALANAN KE SYURGA AISHAH

PERJALANAN KE SYURGA AISHAH

[TF KAK YONG] PERJALANAN KE SYURGA AISHAH

Pada November tahun 2016 kami dipertemukan dengan satu kes seorang ibu tunggal kematian suami bernama Siti Aisyah Amdan berusia 28tahun. Dikenali sebagai Cah. Cah mempunyai dua orang anak iaitu Siti Hajar (9 tahun) dan Siti Zulaikha (7 tahun). Anak-anak Cah masih lagi bersekolah.

Setelah diceritakan segala kepayahan dan nasib yang menimpa diri Cah juga keluarganya kami merasakan seperti terpanggil untuk mambantu beliau. Dengan izin Cah kami paparkan kisahnya dalam facebook bagi dikongsikan bersama serta mengajak orang ramai untuk membantu beliau meringankan bebanan yang ditanggung.

Cah masih lagi gagahkan diri untuk berkerja namun kesihatan beliau tidak mengizinkan. Kami cuba membantu beliau mendapatkan rawatan yang sewajarnya serta memberi khidmat kaunseling agar beliau faham dan dapat menghadapinya demi kelangsungan hidup. Namun kesihatan cah semakin menghalang beliau untuk bekerja. Cah terpaksa berulang alik kehospital. Adakalanya perlu menerima rawatan diwad untuk beberapa ketika. Semasa ini Siti Hajar dan Siti Zulaikha ditinggalkan bersama moyang dan sedara terdekat.

Keadaan Cah semakin tenat selepas 7bln kemudian dimasukan ke wad khas. Disinilah kami sukarelawan menemani Cah disaat sukar beliau dan membantu menampung perbelanjaan keluarga beliau.

Setiap masa kami tidak putus-putus memberi harapan dan semangat buat Cah. Walaupun hakikat sebenar kami menanggisi penderitaan yang ditanggung oleh Cah. Dalam masa singkat Cah bertarung dengan serangan penyakit kronik yang bertimpa-timpa. Walaupun dalam keadaan sakit Cah membuat permintaan untuk bertemu Abang Raja untuk menyatakan terimakasih beliau diatas jasa 3rd force.

Kami usahakan. Keadaan Cah semakin tenat. Cah tak berhenti berpesan agar kami menguruskan Siti Hajar dan Siti Zulaikha apabila beliau tiada nanti. Seakan- akan telah mengetahui yang beliau akan meninggalkan kita.

Akhirnya benarlah….Cah telah menghembuskan nafas yang terakhir kembali kepada Maha Pencipta pada 15hb Ogos 2017….. meninggalkan anak2 sbg yatim piatu sebagaimana Cah semasa hayatnya….

3rd Force telah mananggung kos pengurusan jenazah Cah.

Siti Hajar dan Siti Zulaikha telah diamanahkan kepada nenek tiri yang selama ini mengasuh dan memelihara Cah sedari kecil. Mama yang Cah anggap sebagai ibu. Kami melaksanakan tugas dan tanggungjawb sebagai pemudah cara menguruskan hak penjagaan keatas kedua anak Cah kepada Mama bagi membolehkan Mama mendapat hak penjagaan secara sah mengikut akta kanak-kanak 2001.

Pada 1hb November 2017 semuanya telah selesai. Kisah pembantuan ini memberi seribu pengertian dan kesan yang begitu memilukan dalam diri kami melaksanakan tugas sebagai sukarelawan. Cah diantara mereka yang menjadi mangsa. Yang terpaksa menerima kesan diatas perbuatan “dosa” orang lain.

Cah tidak bersalah. 3rd Force, Umi, Papa, Abang Raja, Mama, Saudara Mara, Ma zaimah, Ibu Raiza, untie Eima, Ayah Marzuki semua sayangkan Cah.

Semuga kami keluarga 3rd Force yang masih lagi membantu menguruskan mangsa-mangsa seperti Cah diberi kekuatan dan keehsanan sebagai sukarelawan.

Alfatihah.

TF KAK YONG
Ketua Sektor Kebajikan dan Anak Prihatin
The 3rd Force
Pasir Pekan
2/11/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *