home Latest News MAJLIS PELANCARAN THIRDFORCE TTDI

MAJLIS PELANCARAN THIRDFORCE TTDI

MAJLIS PELANCARAN THIRDFORCE TTDI

Sabtu | 4 Nov 2017 – Majlis hari ini, rata-ratanya dihadiri oleh persatuan yang dikenali STAROBA, iaitu persatuan bekas pelajar-pelajar STAR IPOH batch pertama dan juga pendukung gerakan kemanusiaan thirdforce sekitar kl dan selangor ….

Pertemuan yang ringkas itu amat penting bagi menggerakan gelombang “Jom Jadi Orang Baik-baik” ini dan juga memberi kefahaman kepada masyarakat cara Thirdforce beroperasi.

Encik Muhammad atau lebih mesra dipanggil Ayahanda Haji Mat amat teruja untuk melancarkan Thirdforce TTDI semasa kali pertama berjumpa dengan Abangraja di Bilik Operasi Thirdforce di Pasir Puteh dulu. Hasrat Ayahanda Haji Mat dapat direalisasikan pada hari ini 4 Nov 2017 di Bangunan Bakti belakang Masjid TTDI.

Hadirin yang hadir ke Majlis pelancaran ini tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan kepada Abangraja. Mereka teruja untuk mengetahui bagaimana Gerakan ini bermula dan apa yang mendorong Abangraja untuk terus istiqamah dalam gerakan kemanusiaan ini. Mereka juga ingin tahu, apa yang boleh dilakukan untuk turut sama-sama dalam gerakan Jom Jadi Orang Baik-Baik ini.

Rata-rata yang hadir pada hari ini majoriti berumur dalam lingkungan 60 tahun keatas. Kita terpegun melihat semangat yang ditunjukkan oleh ayahanda-ayahanda dan bonda-bonda kita, kerana dalam usia sebegini masih lagi bersemangat untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan mereka. Mereka sangat tekun dan bersungguh-sungguh melaksanakan kerja-kerja merapatkan ukhwah serta aktiviti kemasyarakatan disini.

Tagline “Jom Jadi Orang Baik-baik” yang selama ini diperjuangkan oleh Abang Raja sebati dalam hidup masyarakat di Malaysia ini.

Jom sama-sama kita melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk merebut saham akhirat untuk mendapat redha Allah dengan melakukan kerja baik ini.
Insya Allah.

Laporan daripada:
Ewan (h/p: 012-3598767)
Sukarelawan Thirdforce
4/11/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.