home Columns BANJIR LUAR BIASA DI PENANG DAN KEDAH : JANGAN PANIK DAN GELOJOH!

BANJIR LUAR BIASA DI PENANG DAN KEDAH : JANGAN PANIK DAN GELOJOH!

BANJIR LUAR BIASA DI PENANG DAN KEDAH : JANGAN PANIK DAN GELOJOH!

Gelojoh nak bantu – kita ada bnyk agensi yang ada pelbagai keupayaan, terlatih dan budget … dan terkini kerajaan dah setup NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara), Angkatan Pertahanan Awam (APM), dan bnyk lagi. Sebarang bantuan yang dihantar / pergi ke lokasi musibah tanpa seliaan dan perancangan yg betul hanya akan menyebabkan jalan jam / pembaziran sumber (waste of resources) dan juga melambatkan proses bantuan (inefficiencies).

Gelojoh nak kutuk – Tak ada sesiapa boleh menolak musibah / bencana alam. Janganlah kita sesedap rasa mengutuk dan merendah-rendahkan kemampuan / tindakan sesiapa sahaja dlm membantu.

Panik – Bertindak mengikut arahan. Jangan sebarkan provokasi yg boleh mencetuskan panik kepada orang awam dan waris.

Gelojoh kutip derma – Pastikan sumbangan diberikan kepada NGO / kumpulan yang benar2 membantu dilokasi.

Gelojoh nak populariti – takde apa nak popular dengan kerja bantu mereka yg kena banjir / musibah ni … penat / air bersih terhad / penyakit berjangkit / tak cukup tidur / risiko kenderaan rosak mengharung air dsbg.

Gelojoh nak sebar news dan gambar tentang banjir / tanah runtuh / keadaan di lokasi musibah dsbg.

So … bertenang …

Bekerjasamalah kita sebagai rakyat Malaysia yang bersatu. Letak tepi perbezaan politik dan kepentingan organisasi. Bantulah sahabat kita keluarga kita di Penang dan Kedah. Tak ada siapa boleh jamin tempat mereka takkan kena macam apa yang Penang dan Kedah kena … tak ada siapa!

So jangan sombong dengan Allah ok …

Thirdforce sedang mengenal pasti kumpulan yang genuine untuk team up bagi menyalurkan bantuan sebab kita belum ada thirdforce di Penang dan Kedah. Kalau dah ada Thirdforce di sana mudah kita nak plan apa2, nak salurkan bantuan dsbg.

Anyway … jom jadi orang baik-baik ya!
TENANG DAN JANGAN GELOJOH!

RAJA SHAMRI RAJA HUSIN
Founder
The 3rd Force
5/11/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *