home Latest News RUMAH YANG MENANTI REBAH : TIADA TANAH MAKA TAK DAPAT BANTUAN RUMAH

RUMAH YANG MENANTI REBAH : TIADA TANAH MAKA TAK DAPAT BANTUAN RUMAH

[TF KOTA BHARU] RUMAH YANG MENANTI REBAH : TIADA TANAH MAKA TAK DAPAT BANTUAN RUMAH

Pada Jumaat 03/11/17, Thirdforce menyantuni En Iskandar Bin Yaacob di Kg Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu…

Dia sekeluarga tinggal di tepi tebing Sg. Banggol… Masalah utama dan krikital mereka sekeluarga adalah rumah mereka yg uzur dan bahagian dapur tlh runtuh ke dalam sungai akibat hakisan tahun lepas… Rumah mereka juga kini dalam risiko untuk runtuh terutamanya dlm musim banjir tak lama lagi…

En. Iskandar dan keluarga sedar risiko bahaya yg akan dihadapi tp mereka tidak ada pilihan lain… Nak menyewa rumah lain tak mampu… Dulu dia bekerja sebagai pemandu lori sebuah kedai perabut di Kg Badang… Tapi setelah mendapat serangan jantung 2 tahun lepas dia tak boleh kerja berat… Pendapatan kini ditanggung oleh isterinya Pn. Hasnah Jusuh dgn membuat karipap dan beberapa kuih lainnya..

En. Iskandar yg juga bilal di Surau lama Kg. Banggol pernah memohon rumah drp Kerajaan Negeri.. Tp tidak diluluskan kerana tiada tanah sendiri… Dia juga mendapat bantuan JKM RM 200 sebulan… Jumlah ini jauh dari mencukupi kerana semua 8 orang anak2 masih belajar…

1. Mohd Syafiq 23th – Universiti Teknikal Melaka
2. Nor Nazilah 22th – UTM Skudai
3. Mohd Syazwan 18th – SMK Penambang
4. Nur Syuhada 17th – SMK Penambang
5. Nur Najian 15th – SMK Penambang
6. Nur Nasuhan 11th – SK Redang
7. M. Shamsul Hafiz 8th – SK Redang
8. M Sharhan 5th – Pasti

Sehubungan dgn itu, Thirdforce Kota Bharu memohon jasabaik para dermawan sekalian atau pihak berkenaan samada dari negeri atau pusat utk membantu En. Iskandar samada dari segi kewangan atau perumahan…

# Jom pakat jadi orang baik baik
# Jom pakat bantu sikit sorang utk sama2 menambahkan saham akhirat kita
# Thirdforce… Together we are stronger

Hubungi saya Cikgu Wan Zairi untuk sama-sama membantu kes ini :-

Cikgu Wan Zairi
Thirdforce Kota Bharu
h/p : 013-932 9821

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *