home Latest News BELUM ADA BANTUAN YANG TIBA SETELAH MASUK HARI KE-3

BELUM ADA BANTUAN YANG TIBA SETELAH MASUK HARI KE-3

[TF SABAH] UPDATE HARI KE 3 BANTUAN UNTUK MANGSA KEBAKARAN KG SINGGAMATA, LAHAD DATU – BELUM ADA BANTUAN YANG TIBA SETELAH MASUK HARI KE-3!

Lahad Datu, 6 November 2017- Baru sebentar tadi sukarelawan PERKALAS @ TF SABAH melawat dan menghantar bantuan untuk kali ke dua. Petang ini bantuan yang diberikan ialah tikar sembahyang dan naskah Al Quran kepada mangsa. Ujian yang menimpa diharapkan kepada mangsa semakin dekat dengan Allah dan tabah menghadapinya.

Sangat memilukan kesemua lapan keluarga ini merupakan warganegara Malaysia, ada ibu tunggal dan fakir miskin yang terlibat. Namun setelah hari ke 3 pasca kebakaran belum ada bantuan yang tiba selain daripada sukarelawan PERKALAS@3rd Force.

Jomlah warga Lahad Datu kita turun padang bantu mangsa yang terlibat. Jika berlaku kejadian kebakaran sebegini tanggungjawab kita sebagai masyarakat dan pihak berwajib menghantar secepatnya bantuan tersebut kepada mangsa.

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!
“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@3rd Force Sabah
01119560583.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *