home Latest News MEMBERI KETENANGAN SOLAT DALAM WAKTU YANG MENCABAR

MEMBERI KETENANGAN SOLAT DALAM WAKTU YANG MENCABAR

[TF PERAK] MEMBERI KETENANGAN SOLAT DALAM WAKTU YANG MENCABAR (Versi Bahasa)

Saya adalah penyelaras Projek Telekung yang diuruskan oleh jawatankuasa pusat sumber kolej di mana saya bertugas. Soalan yang saya biasa ditanya adalah, “Betul ke telekung yang dimaksudkan anda adalah apa yang dipakai oleh wanita muslim untuk solat?” dan memang jawapan saya adalah “Ya”.

Mereka tak silap dengar. Saya amat yakin bahawa mereka akan berfikir, “Kenapa wujudnya wanita Cina yang bertanggungjawab dalam projek itu?” atau “Adakah dia melakukannya untuk mendapatkan kemasyhuran atau populariti?”.

Baiklah! Sebenarnya ia bermula dengan projek yang telah saya laksanakan untuk perpustakaan kolej semasa sambutan Hari Raya Aidil Adha pada tahun 2015. Saya membantu rakan yang menjalankan projek ini dengan rakan-rakannya di negeri Selangor.

Mereka akan mengumpul telekung yang telah dipakai dari surau di tempat awam untuk dicuci dan dibaiki (kalau perlu untuk yang rosak atau koyak). Sementara itu, mereka memerlukan telekung untuk menggantikan telekung yang mereka bawa pulang ke rumah untuk cuci supaya akan sentiasa ada telekung yang bersih untuk dipakai.

Beliau meminta bantuan saya untuk mendapatkan kawan dan rakan sekerja saya untuk menyumbangkan telekung baharu atau terpakai untuk projeknya. Pasukan saya dan saya berjaya mengumpul lebih daripada 100 telekung untuk mereka. TETAPI peristiwa yang tidak dijangka berlaku.

Syarikat yang rakan saya dan pasukannya mencari nafkah menghadapi masalah kewangan dan mereka terpaksa tangguh projek mereka. Apa nak buat? Rakan-rakan saya dan saya pergi dan mengedarkan koleksi kami ke hospital, pasar raya, stesen petrol, kedai-kedai jabatan dan tempat-tempat awam lain yang mempunyai bilik solat untuk pelanggan-pelanggan mereka.

Beberapa minggu selepas itu mantan pengarah kolej saya, Puan Hajah Intan Suhana Kamarudin mencadangkan untuk melaksanakan Projek Telekung untuk surau-surau di Hospital Seri Manjung. Dia bertanya sama ada saya boleh jadi orang yang bertanggungjawab untuk melaksanakan projek ini. Sebenarnya, saya boleh menolak kerana ia memerlukan banyak komitmen dan pengorbanan.

Aktiviti-aktiviti melibatkan pengumpulan telekung yang dipakai, mendapatkan sukarelawan untuk mencuci, seterika membaiki, melipat dan membungkus yang bersih. Kemudian hantar semula ke surau. Semua ini akan berlaku dua kali sebulan. TETAPI sebaliknya saya bersetuju. Mengapa?

Saya telah berfikir panjang dan mengingati masa ketika mendiang ibu masuk dan keluar dari hospital selama berbulan-bulan. Adik-adik saya tidak berada di Ipoh dan hanya saya yang ada. berbagai-bagai emosi yang saya mengalami setiap kali saya bersendirian di hospital.

Sudah tentu saya mencari ketenangan dalam doa dan yang terbukti menjadi penenang untuk jiwa saya yang bermasalah. Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya ahli keluarga yang disayangi terlantar di hospital; begitu perit dan menakutkan. Inilah yang membuat saya memutuskan untuk menerapkan projek ini. Ia adalah daripada keinginan untuk memudahkan seseorang menunaikan solat sekaligus dapat berdoa untuk sesama manusia, tanpa mengira kaum atau agama.

Sudah tentu, saya mendapat bantuan kawan, rakan sekerja dan pelajar saya untuk menjayakan projek ini. Lagipun, sebagai sukarelawan Third Force, adalah kewajipan saya untuk mengajak orang untuk berbuat baik.

“Jom jadi Orang Baik-Baik”

Miss Cheah
Thirdforce Perak
7/11/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *