home Education SEBENTAR DI KVPD ; JOM JADI ORANG BAIK-BAIK

SEBENTAR DI KVPD ; JOM JADI ORANG BAIK-BAIK

[TF PORT DICKSON] SEBENTAR DI KVPD ; JOM JADI ORANG BAIK-BAIK

Alhmdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas peluang untuk menyebarkan mesej-mesej kebaikan kepada pelajar-pelajar Kolej Vokasional PD sebentar tadi. Peluang yang diberikan kepada 3rdForce PD ini adalah untuk menerangkan tentang kerja-kerja kemanusiaan, kesukarelawan dan betapa pentingnya usaha untuk mnyemai kebaikan kepada komuniti dapat dijelaskan secara ringkas kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Moga dengan penerangan ini adik-adik ini dapat berkhidmat dengan komuniti lebih berkesan.

Seramai 150 oramg pelajar yang hadir akan menjalankan khidmat komuniti mereka di beberapa tempat seperti surau, rumah anak yatim, masjid, balairaya, tanah perkuburan dan lain-lain tempat yang telah dipilih. Semoga mereka dapat melaksanakan tugas khidmat komuniti dengan niat yang tulus, hati yang bersih dan pelaksanaan yang sempurna .

Jadilah insan yang memberikan kebaikan dan manfaat kepada insan lain.

Terima kasih Kolej Vokasional PD.

TF Syed
Sukarelawan Thirdforce
Port Dickson N9

#jomjdorgbaikbaik
#The3rdForceNS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *