home Latest News UPDATE BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI PULAU OMADAL

UPDATE BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI PULAU OMADAL

[TF SABAH] UPDATE BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI PULAU OMADAL

SEMPORNA, 8 November 2017- Walaupun mangsa kebakaran jauh berada di pulau Omadal, Namun team sukarelawan PERKALAS@ 3rd Force Sabah berusaha untuk sampai ke sana berkongsi yang termampu bagi mengurangkan beban mangsa pasca kebakaran dua hari lalu.

Perjalanan yang meletihkan daripada jeti pekan Semporna ke pulau Omadal yang melalui laut bergelora tidak mematahkan tekad sukarelawan untuk sampai ke destinasi. Bahang cuaca panas pulau ditambah bahana air laut merupakan cabaran tersendiri kepada team sukarelawan.

Aku bangga punya team sukarelawan daripada suku bajau dan suluk serta Bugis yang memerah kudrat untuk membela bangsanya.

Tahniah dan terima kasih kepada team Semporna saudara Ibrahim, Ustaz Zaini dan adik-adik sukarelawan yang mengorbankan masa dan tenaga serta wang ringgit untuk kerja-kerja kesukarelawanan di negeri kita. Begitu juga semua keluarga besar The 3rd Force di Seluruh Malaysia di bawah pimpinan YM DR. Raja Shamri.

” orang kaki lima itu hebat berbanding kaki satu” ini ungkapan yang seolah-olah menempelak aku dan sukarelawan yang lain. Ada orang “BERKAKI SATU” tapi tidak henti-henti menyebarkan gelombang kebaikan si seluruh Malaysia.

Jom sertai kami PERKALAS@3rd Force Sabah untuk membantu fakir miskin di negeri kita. Terlalu ramai mereka yang hidup dalam kekurangan tetapi tidak meminta-minta yang memerlukan perhatian dan kepedulian kita.

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *