[HARIRI] ORKID WEC UM

JUMAAT | 10 November 2017 – Program ORKID WEC yang berakhir semalam, bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya adalah satu usaha yang dilakukan untuk membantu golongan OKU di Malaysia khususnya.

Dalam program yang berlangsung selama dua hari ini, Abangraja bersama Sukarelawan Thirdforce dijemput untuk memeriahkan lagi program tersebut. Kehadiran Thirdforce kali ini, adalah bagi menyatakan kebersamaan dalam membantu golongan OKU, supaya mereka tidak ketinggalan atau berputus asa dalam kehidupan mereka.

Dalam program ini, Abangraja dijemput untuk memberi sedikit perkongsian berkaitan dengan apa persediaan yang diperlukan oleh golongan OKU untuk hidup berdikari. Antara yang disebut oleh Abangraja dalam perkongsian ringkas beliau, ‘support group’ atau sokongan daripada masyarakat terutama orang yang terdekat amat penting untuk membantu OKU tersebut supaya berdikari dalam kehidupan mereka.

Menurut Abangraja, apa yang paling penting untuk membantu golongan OKU berdikari adalah mereka sendiri perlu positifkan diri mereka. Jangan lihat kekurangan yang alami mereka itu satu halangan untuk mereka terus berjaya setanding, malahan lebih lagi dari mereka yang normal.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang untuk membantu golongan OKU ini supaya tidak ketinggalan dalam arus kemodenan ini.

#orkidwec2017
#jomjadiorangbaikbaik

Muhamad Hariri
Sukarelawan Thirdforce
10/11/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *