home Volunteerism ITU TAK BOLEH INI TAK BOLEH

ITU TAK BOLEH INI TAK BOLEH

[TF SAFUAN] ITU TAK BOLEH INI TAK BOLEH

10 November, Kuala Lumpur – Alhamdulillah pada hari Jumaat yang mulia ini sukarelawan kita berkesempatan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Azim Pandan Indah. Mungkin ramai di antara kita khususnya akan berasa hairan dengan gambar-gambar yang telah kita kongsikan disini.

Ini adalah suasana di perkarangan masjid sebelum solat Jumaat bermula. Ada pelbagai gerai jualan dibenarkan berniaga, ada lot-lot kedai yang didirikan disekitar masjid untuk para peniaga. Ada jualan makanan, baju-baju, buah-buahan dan pelbagai lagi. Sudah pasti orang yang datang membeli lama-kelamaan akan berasa malu untuk pergi setelah azan berkumandang, dan pasti akan turut serta mendirikan solat berjemaah. Ini merupakan salah satu cara berdakwah yang boleh digunakan secara berkesan.

Aktiviti dan program seperti telah menjadikan masjid tersebut sangat meriah dan dihadiri dari pelbagai golongan masyarakat dan umur. Ia telah menukar pandangan umum bahawasanya masjid hanyalah tempat untuk beribadat sahaja.

Kita sering kali melihat masjid hanya dipenuhi ketika waktu solat sahaja, di masa-masa lain masjid menjadi sunyi. Secara tidak langsung menjadikan generasi kita jauh dengan masjid. Di tambah dengan AJK Masjid yang mana segelintirnya mengatakan haram itu dan ini, tak boleh, tak bagus, bising dan sebagainya.

Masjid yang kami tumpang solat ini turut mempunyai koperasinya sendiri yang para pembeli boleh membeli sambil beramal. Makanan dan minuman yag di sediakan secara percuma untuk golongan asnaf telah membuktikan bagaimana Agama Islam itu sangat indah sebenarnya.

Kita kecewa dengan sikap segelintir AJK masjid yang lebih suka melihat jumlah kutipan sedekah orang ramai yang bantak berbanding memanfaatkan sepenuhnya sedekah-sedekah tersebut untuk membantu asnaf-asnaf dan program keagamaan.

Mereka lebih suka menukar karpet masjid saban tahun, mengecat dan sebagainya sehingga terlupa dengan keperluan dan kesusahan qariah masjid di kawasan sekitar. Suatu ketika dahulu masjid dijadikan sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran. Namun kini masjid lebih sinonim sebagai tempat solat sahaja.

Abangraja dalam banyak siri ceramahnya di masjid2 sangat menekankan hak qariah yg miskin sekitar masjid daripada bayaran kepada beliau sebagai penceramah …

Ayuh kita semua berganding bahu, kita lahirkan generasi yang lebih dekat dengan masjid, kita lahirkan generasi yang berfikiran lebih matang, kita kurangkan jurang antara masjid dan masyarakat seiring dengan usaha kita untuk menjadi orang baik-baik.

Kita ubah persepsi masyarakat tentang masjid di samping kita ubah persepsi AJK masjid juga.

Pakat2 tegur lah kan.
Kan Allah suruh tegur ..
Baca Al-asr tak?

Insya Allah…

*#jommjadiorangbaik*
*#wearethe3rdforce*
*#togetherwearestronger*

Perkongsian oleh
Safuan dan Hariri
Sukarelawan 3rd Force
Kuala Lumpur
10/11/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *