home Columns SEMALAM BERSAMA ORANG BAIK-BAIK : KUAT DAN SALING MENGUATKAN

SEMALAM BERSAMA ORANG BAIK-BAIK : KUAT DAN SALING MENGUATKAN

SEMALAM BERSAMA ORANG BAIK-BAIK : KUAT DAN SALING MENGUATKAN

Semalam sampai rumah dah lewat petang dari KL. Program ORKID 2017 di Universiti Malaya mempertemukan saya dengan ramai orang baik-baik termasuk pakar dan penyelidik yang siang malam bertungkus lumus berfikir dan berusaha untuk mengkaji, mencipta, menawarkan sesuatu yang berguna dan memudahkan mereka yang bergelar “OKU dan warga emas”.

Saya ditegur oleh Ustaz Marzuki Ong yang sangat ingin saya temui. Seorang OKU Pekak yang mengetuai persatuan OKU cacat pendengaran namun diberikan Allah kelebihan berdakwah dengan caranya tersendiri … Ustaz Marzuki Ong telah lama bersama saya secara online dan akhirnya kami dapat bersua muka.

Sebelum sesi saya bermula, saya hadir lebih awal untuk mendengar perkongsian dari Puan Hamidah Hasan dari JKM. Setiap patah tutur perkataan yang dikeluarkan sangat teratur, passionate dan meyakinkan. Juga seorang OKU berkerusi roda, Puan Hamidah merupakan pegawai kanan JKM yang mencuri hormat dan kagum saya tentang erti kesabaran, redha dan perjuangan seorang ibu yang membesarkan anak-anak keseorangan tanpa suami disisi yang telah pergi mengadap Ilahi.

Disebalik undangan untuk berkongsi kepakaran di mana-mana, Pn Hamidah yang juga ada anak OKU Autisme saya rasakan antara kisah-kisah inspirasi perjuangan kental individu-individu yang perlu kita selusuri dan letakkan bersama dalam langkah kehidupan kita untuk mengambil semangat serta saling menguatkan.

Saya ingin menjemput Ustaz Marzuki Ong dan Puan Hamidah Hassan untuk bersama contribute penulisan dan perkongsian mereka di fb page saya ini agar kita sentiasa berada dalam lingkaran yang positif, saling menguatkan dan sentiasa kekal bersemangat.

Terima kasih ORKID 2017 Universiti Malaya atas jemputan.

Jom Jadi orang Baik-baik

Raja Shamri Raja Husin
Casa De Raja
Pasir Puteh
10/11/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *