home Education PENYAMPAIAN BERAS INSAN PRIHATIN UNTUK ANAK PRIHATIN.

PENYAMPAIAN BERAS INSAN PRIHATIN UNTUK ANAK PRIHATIN.

[TF KAK YONG] PENYAMPAIAN BERAS INSAN PRIHATIN UNTUK ANAK PRIHATIN.

Sejak jam 9 pagi lagi kelihatan anak2 prihatin berduyun datang mengambil tempat masing2 di bawah khemah mini di hadapan Villa Raudah.

Mungkin ini hari gembira untuk mereka. Dapat makan mee kuali besar di awal pagi. Namun di wajah mereka masih membayangkan kekurangan yang mungkin kita tidak faham.

Anak2 usia sekitar 4 hingga 16 tahun ini mungkin tidak mengerti erti masa depan. Dapat bangun pagi, dapat makan sikit2, kemudian malam tidur semula. Esok bangun lagi dan.. dan.. dan..

Begitulah seterusnya.

Anak2 Prihatin adalah anak2 yang berada di bawah seliaan Sektor kebajikan The 3rd Force. Mereka terdiri dari lebih 200 orang kanak2 yang berkriteria:

1. Anak yatim dan yatim piatu.
2. Anak yang ditinggalkan oleh ibubapa kepada penjaga yang daif.
3. Anak yang terbiar kerana ibu @ bapa sedang dalam hukuman penjara.
4. Anak yang tidak sah taraf
5. Anak yang sedang alami sakit kronik.

Hadir untuk bersama anak2 prihatin hari ini, Puan Dr Norzila, Puan Dr Azriani dari HUSM yang juga sama2 membelai kasih anak2 prihatin.

Turut hadir pegawai polis dari balai polis Wakaf Bharu yang telah memberi nasihat ringkas kepada anak2 prihatin mengenai keselamatan dan juga tingkahlaku harian.

Selesai untuk majlis hari ini, ada lagi yang perlu difikirkan untuk anak2 ini. Banyak yang perlu disusun atur. Apalagi bila berada di penghujung tahun begini. Pakaian sekolah untuk tahun 2018.

Ada yang akan naik ke tingkatan 1 yang pasti pakaian lama tidak boleh dipakai lagi.

Ada yang sudah membesar, seragam lama sudah ketat. Ada yang pakaiannya sudah reput dan lusuh kerana berulang pakai yang sama…

InsyaAllah ada jalannya. Bantulah kami untuk bantu mereka ..

Semoga ada lagi insan prihatin datang menziarah.

Wallahualam

Kak Yong
Villa Raudhah
11/10/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *