home Medical BANTUAN KAKI PALSU DAN SOKONGAN MORAL BERTERUSAN UNTUK UNCLE PICHEE

BANTUAN KAKI PALSU DAN SOKONGAN MORAL BERTERUSAN UNTUK UNCLE PICHEE

[TF PERAK] BANTUAN KAKI PALSU DAN SOKONGAN MORAL BERTERUSAN UNTUK UNCLE PICHEE

Pada 10 November 2017, sukarelawan Thirdforce Perak, Mrs Wong dan Miss Cheah bertemu dengan Mr Pichee, 47 tahun, di Hospital Seri Manjung.

Kami telah berjaya mendapatkan sumbangan dari rakan-rakan dan juga sukarelawan TF Perak untuk membekalkan beliau dengan kaki palsu (prosthetic leg) yang berharga RM4558.

Pada mulanya kami telah cuba memohon dana dari Tabung Khazanah tetapi dimaklum ada lagi 13 pemohon yang dalam ‘waiting list’. Doktor pakar yang kami temui maklum yang pemohon sebelum ini dah menunggu berbulan-bulan tetapi duit dari Khazanah belum ada lagi.

Memandangkan yang Encik Pichee amat memerlukan kaki palsu atas sebab isterinya Valliamah disahkan buta dan beliaulah yang terpaksa masak, cuci pakaian dan buat kerja rumah yang lain, Mrs Wong dan saya telah ambil inisiatif ini.

Pada 10 November, kami telah selesai bayar RM4558 kepada Encik Kumar, wakil dari syarikat yang membekalkan kaki palsu itu. Kami berjumpa Mr Kumar di Hospital Pantai, Sitiawan.

Isteri Mr Pichee, Pn Valliamah, 66 tahun dimasukkan ke Hospital Seri Manjung pada minggu lepas. Ada kemungkinan kaki kanan dia perlu dipotong akibat diabetes. Buat sementara doktor di HSM berusaha untuk selamatkan kaki itu. Kami dimaklum yang pakar bedah hanya memotong bahagian yang berkudis dahulu.

Jangkitan kuman dikesan pada paru-paru dan buah pinggang Pn Valliamah. Beliau ada masalah bernafas.

Yang kami khuatir, Pn Valliamah ada kemungkinan mengalami septicimia shock. Ini akan membahayakan nyawa dia.

Jommm jadi orang baik-baik
Kasih sayang pelbagai bangsa bersama thirdforce …

Sharing by:
Miss Cheah Li Na
Thirdforce Perak
12/11/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *