home Education GAMBAR KASUT SEKOLAH NI PUN DAH MENCERITAKAN SEGALANYA

GAMBAR KASUT SEKOLAH NI PUN DAH MENCERITAKAN SEGALANYA

GAMBAR KASUT SEKOLAH NI PUN DAH MENCERITAKAN SEGALANYA

| 12.11.17 AHAD KUALA PERLIS |
Walaupun hari Ahad ni adalah hari yang panas terik, kami sukarelawan 3rdFPs teruskan juga misi untuk merisik keperluan kelengkapan persekolahan anak2 yang tidak berkemampuan bagi memastikan persiapan anak2 mereka utk bersekolah pada sesi Tahun 2018 nanti.

Ketika tiba di rumah Nenek Isma yang menyara cucunya, Aiman. Nenek Isma dan Tok sedang terbaring keletihan. Mungkin disebabkan keuzuran di waktu usia ini. Setelah bertanya khabar dan bersembang seketika dengan Nenek Isma, kami pun bertanya tentang kasut sekolah Aiman samada masih elok untuk dipakai pada tahun ini. Tok Isma pun menjawab “Kasut dia ada lagi yang dia dok pakai tu. OK lagi aiish” sambil menunjukkan kasut tersebut di sebalik pintu rumah. Sejurus kami mendekati kasut tersebut, tersentuh rasa hati kami melihat keadaan kasut Aiman itu. 😢 Tanpa berfikir panjang kami terus mencatat saiz kasut dan juga baju sekolah Aiman.

Semoga ada penyumbang yang sudi menghulurkan sumbangan buat anak anak ini agar sedikit sebanyak dapat memberi semangat baru buat mereka. Dan dalam masa yang sama dapatlah penyumbang mencari redha Allah dalam menghulurkan sumbangan ini. Pahala yang berpanjangan.

Alhamdulillah setakat ini kami sempat mengenalpasti 10 buah keluarga asnaf yang memerlukan bantuan kelengkap sekolah. Antara kelengkapannya adalah :
🚸 Baju/ Seluar/ Kain/ Tudung
🚸 Kasut
🚸 Buku latihan sek ren
🚸 Pen & alat tulis sek men
🚸 Pensel & alat tulis sek ren
🚸 Buku log sek men

Kepada sesiapa yang tahu keluarga yang memerlukan bantuan kelengkapan persekolahan, boleh lah menyalurkan maklumat seperti dibawah kepada kami menerusi “mesej” page ini atau wasap.my/60108148545 Pn Ami. Asnaf akan dihubungi dan disantuni pihak 3rdFPs untuk kesahihah maklumat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nama asnaf:
No tel:
Alamat rumah:
Nama sekolah anak:
Anak lelaki/perempuan: (L/P)
Warna baju:
Ukuran bahu anak:
Saiz baju:
Ukuran pinggang anak:
Saiz seluar/kain:
Kelengkapan lain:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“InsyaAllah sama2 kita buat yang termampu”
“Jom jadi orang baik baik”

TF AMI NAZIFAH
Thirdforce Perlis
15/11/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *