home Latest News PROGRAM MERAIH CINTA ANAK-ANAK SYURGA

PROGRAM MERAIH CINTA ANAK-ANAK SYURGA

[TF SABAH] PROGRAM MERAIH CINTA ANAK-ANAK SYURGA

TAWAU 14 November 2017 – Alhamdulillah PERKALAS@3rd Force Sabah masih diberi peluang oleh Allah melaksanakan aktiviti mengedarkan aiskrim percuma dan pemeriksaan perubatan percuma kepada semua penduduk mangsa kebakaran di khemah transit Kg Hidayat.

Pada program kali ini PERKALAS@3rd Force Sabah mendapat kerjasama dari DrH Mukhtar Hj. Alwi, Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS)dan adik-adik pelajar daripada SMK Balung, SMK Tawau II dan SMK Tawau. Semakin ramai golongan anak muda yang mula tertarik dengan aktiviti kesukarelawanan. Satu perkembangan yang baik di daerah Tawau.

Kebanyakan penduduk di kawasan ini menghidap penyakit kudis (kanak-kanak), demam dan bagi orang dewasa atau orang tua mereka menghidap sakit gout. Dr Mukhtar sentiasa berpesan kepada para pesakit menjaga kualiti air yang digunakan terutama untuk mandi dan yang diminum.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Terutama Keluarga besar The 3rd Force di bawah pimpinan YM. Dr. Raja Shamri Bin Raja Hussin. Begitu juga dengan DrH Mukhtar Hj. Alwi (PKBS) yang begitu peduli masyarakat Tawau terutama fakir miskin. Kepada semua sahabat-sahabat dari team sukarelawan semoga Allah sentiasa merahmatimu dunia dan akhirat.

Besar harapan kami agar lebih ramai masyarakat untuk bersama terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan yang kesannya akan ramai golongan fakir miskin terbantu.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/ atau anda juga boleh follow http://www.the-3rdforce.org

Together we are stronger
JOM JADI ORANG BAIK-BAIK

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *