home Medical IHSAN KASIH SAYANG THIRDFORCE TELAH BERTAUT DI HATI SADDAM

IHSAN KASIH SAYANG THIRDFORCE TELAH BERTAUT DI HATI SADDAM

IHSAN KASIH SAYANG THIRDFORCE TELAH BERTAUT DI HATI SADDAM

15 Nov 2017 – Teringat semula melihat kepayahan hidup seorang insan muda yang tabah mengharungi liku-liku kehidupan. Menerima ujian dengan mengalami penyakit kanser saraf tulang di awal usia muda lagi. Mungkin bagi kita ujian tersebut amat berat untuk beliau hadapi, tetapi bagi seorang insan yang yakin dengan ketentuan nasib yang Allah berikan ianya satu tanda kasih sayang daripada Allah yang maha pengasih.

Mohd Saddam bin Mokhtar berusia 26 tahun begitu cekal meneruskan kehidupannya dengan keadaan fizikal yang lumpuh separuh badan. Pernah suatu ketika pergi melawat di kediamannya, tiba-tiba hati sebak seketika melihat kepayahan dan kesusahan yang Saddam alami apabila hendak bergerak ke kamar mandi. Masa itu beliau tidak menyedari kedatangan saya. Ya Allah.

Kalaulah diri hamba ini berada di situasi seperti Saddam, entahlah mampukah diri ini untuk menghadapinya. Mudah-mudahan diri ini sentiasa tergolong dengan hamba-hamba yang bersyukur.

Minggu ini saya terima banyak sms wasap dari Saddam mohon pertolongan berkali-kali untuk menghantarnya ke JPN, Tabung Haji dan bank untuk beberapa urusan. Jadi baru hari ini sukarelawan Thirdforce berkesempatan pergi menjemputnya kerana kepadatan jadual dgn misi bantuan banjir penang dsbg ..

Alhamdulillah hari ini semua urusan Saddam di permudahkan. Saya di maklumkan bahawa beliau akan di masukkan ke rumah kebajikan di Terengganu pada tahun depan. Semoga di sana nanti kita doakan mudah-mudahan diri Saddam dapat terurus dengan lebih sempurna dan mendapat kecerian semula yang dimana telah sekian lama menghilang.

Saddam menyatakan bahawa beliau berhasrat akan menjadi salah seorang sukarelawan thirdforce dengan menjadi penyumbang di dalam kerja-kerja kemanusian yang di pimpin oleh Abang Raja. Biarpun tidak dapat turun bersama-sama, dengan sedikit sumbangan tersebut ianya telah menjadi satu tanda sokongan beliau dalam gerak kerja Thirdforce. Yang penting pahala saham akhirat mengalir.

Kipidap Saddam….

Perkongsian dari Adi
Sukarelawan Thirdforce HQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *