home Medical KEADAAN PN VALLIAMAH BERTAMBAH KRITIKAL SELEPAS KAKI DIPOTONG

KEADAAN PN VALLIAMAH BERTAMBAH KRITIKAL SELEPAS KAKI DIPOTONG

[TF PERAK] KEADAAN PN VALLIAMAH BERTAMBAH KRITIKAL SELEPAS KAKI DIPOTONG

Pada petang Rabu, 15 November 2017, Mrs Wong dan Miss Cheah mendapat maklumat yang keadaan Pn Valliamah sudah menjadi kritikal. Kami berdua ke Hospital Seri Manjung pada pukul 7.00 malam.

Bila sampai di Wad 9, kami dimaklum yang kaki kanan Pn Valliamah tidak dapat diselamatkan. Pembedahan untuk memotong kaki dijalankan semalam.

Semasa kami di sana, ahli keluarga dia memberitahu yang keadaan pesakit dah bertambah serious dan akan dipindahkan ke ICU bila-bila masa. Pn Valliamah masih belum sedar selepas pembedahan tamat pada 1.00 pagi dan bergantung kepada respirator untuk bernafas.

Kami cuba menenangkan suaminya, Encik Pichee yang kelihatan amat sedih dan tidak bersemangat.

Kami di Thirdforce Perak doakan yang terbaik untuk Pn Valliamah yang menghadapi kesan buruk akibat penyakit kencing manis yang serius. Kedua-dua belah mata disahkan buta dan kini kaki kanan terpaksa dipotong. Semoga dia cepat sembuh dan tabah untuk menghadapi masa hadapan yang mencabar.

Volunteer Third Force akan cuba bantu pada tahap kemampuan kami.

Perkongsian oleh:
Miss Cheah Li Na
Thirdforce Perak
15 November 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *