home Latest News SUMBANGAN MAKANAN DAN PAKAIAN PRE-LOVED UNTUK KELUARGA PN RAJESWARI

SUMBANGAN MAKANAN DAN PAKAIAN PRE-LOVED UNTUK KELUARGA PN RAJESWARI

[TF PERAK] SUMBANGAN MAKANAN DAN PAKAIAN PRE-LOVED UNTUK KELUARGA PN RAJESWARI

Pada 28 Disember 2017, sukarelawan Thirdforce Perak Pn Nalini, Mrs Wong dan Miss Cheah telah menyampaikan bekalan dapur seperti beras, tepung, kacang dan gula kepada keluarga Pn Rajeswari a/p Kobal yang tinggal di
H 35 Kg Columbia, Sungai Wangi.

Kami juga menghantar baju-baju pre-loved untuk mereka.

Suami Pn Rajeswari mengalami strok beberapa tahun yang lepas dan kini tidak dapat bekerja. Mereka ada 6 orang anak (7 sehingga 16 tahun) yang semua masih bersekolah. Pn Rajeswari dapat kerja sebagai tukang pembersihan dengan pendapatan RM460 sebulan.

Ibunya yang berumur 73 tahun menjadi buta akibat penyakit kencing manis. Pati (nenek) itu pernah diserang strok 2 tahun yang lepas dan tidak boleh berjalan dan bercakap. Kaki kiri warga emas itu sudah berkudis dan kami risau ada kemungkinan terpaksa dipotong. Salah satu jari kaki belah kanan sudah dipotong.

Kami dimaklum oleh Pn Rajeswari yang ibunya hanya boleh minum susu untuk pesakit kencing manis (Glucerna diabetic milk powder) dan memerlukan diapers (lampin pakai buang).
Kalau sesiapa yang ingin membuat sumbangan diapers dan susu untuk Pati bolehlah menghubungi Miss Cheah, Pn Nalini atau Mrs Wong.

Perkongsian dari:
Miss Cheah
Thirdforce Perak
29 Disember 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *