home Latest News, Newsletters BANTUAN BERAS FIDYAH DAN SEDEKAH BULANAN ANAK PRIHATIN THIRDFORCE

BANTUAN BERAS FIDYAH DAN SEDEKAH BULANAN ANAK PRIHATIN THIRDFORCE

BANTUAN BERAS FIDYAH DAN SEDEKAH BULANAN ANAK PRIHATIN THIRDFORCE

Program penyampaian beras dan bungkusan makanan bulanan untuk Anak-anak Prihatin bagi tahun 2017 baru sahaja melabuhkan tirai.

Seramai lebih 200 orang anak prihatin telah menerima agihan masing-masing secara berperingkat sepanjang tahun lepas.

Tidak ada ruang yang luas untuk kita kumpulkan mereka sekali gus bagi tujuan menyampaikan sumbangan kalian. Untuk itu kita telah lakukan proses agihan secara berperingkat sepanjang tahun lepas.

Anak-anak prihatin ialah ;

1. Anak-anak dari keluarga asnaf ( miskin ) yang tinggal bersama penjaga masing-masing.

2. Anak yatim ibu atau bapa.

3. Anak yatim piatu yang tinggal bersama penjaga yang daif.

4. Anak-anak yang terbiar oleh ibubapa kerana masalah keluarga.

5. Anak-anak  yang ditinggalkan oleh ibu/bapa kepada penjaga lain kerana menjalani hukuman di penjara dan sebagainya.

6. Anak yang tidak sah taraf dan dipelihara oleh penjaga yang tidak mampu.

Kini tahun 2018 baru bermula. Pasti banyak cabaran baru yang bakal ditempuh oleh anak-anak prihatin. Pada setiap bulan anak-anak ini akan menerima sekampit beras 5 kg bagi mengurangkan beban penjaga yang sedia daif dan kurang mampu.

Semuanya sumbangan dari kalian semua keluarga besar THIRDFORCE. Disinilah kami agihkan sumbangan fidyah dan sedekah tuan-tuan.

Kami sangat-sangat mengalu-alukan sumbangan berupa beras dan bungkusan makanan bagi meringankan tanggungan penjaga anak-anak prihatin ini. Jomm kita sama-sama membantu semoga anak-anak ini dapat berdiri sama tinggi dengan anak-anak yang lain di kejiranan mereka.

InsyaAllah dengan sedikit sumbangan kita hidup mereka akan bertambah baik. Keluarga prihatin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang terus istiqamah sama-anak menyumbang untuk membantu anak-anak prihatin ini … Tahun 2018 kita teruskan agihan ini ya …

Jomm jadi orang baik-baik.

“Kita Peduli Kerana Allah”

Hubungi kak yong yang lead kes ni utk sama2 membantu ya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.