home Construction UPDATE BANTUAN BAIKPULIH RUMAH IBU TUNGGAL ANAK 7, KAK RAHIMAH

UPDATE BANTUAN BAIKPULIH RUMAH IBU TUNGGAL ANAK 7, KAK RAHIMAH

UPDATE BANTUAN BAIKPULIH RUMAH IBU TUNGGAL ANAK 7, KAK RAHIMAH

17 Januari, Kuala Krai – Hari ini sukarelawan 3rd Frorce sempat menziarahi Kak Rahimah di Kuala Krai di samping kita menyampaikan fidyah berupa beras selain daripada membuat pemantauan proses membaiki rumah beliau. Namun Kak Rahimah belum pulang dari kerja ketika kita sampai.

Kak Rahimah yang kisahnya kita kongsikan di sini minggu lepas ibu tunggal yang hidup dalam serba kekurangan disamping menyara 7 orang anaknya yang masih bersekolah. Beliau yang masih berada dalam rumah kotak sementara yg dibina untuk mangsa banjir 2014 dulu adalah mangsa keadaan bilamana rumah bantuan kerajaan diberikan atas nama suami dan perpisahan menjadikan Kak Rahimah terkontang kanting di rumah lama beliau. Keadaan rumahnya yang agak uzur, dan sangat kecil tidak selesa untuk didiami untuk 7 orang anaknya yang semakin meningkat dewasa.

Syukur alhamdulillah, kerja-kerja membaik pulih rumah kak Rahimah telah 4 hari bermula. Abangraja meminta kita percepatkan bantuan kerana anak2 kak rahimah semua bersekolah dan sangat memerlukan persekitaran yg bersih, sihat dan selamat.

Abangraja sering berpesan kepada kita semua agar bantulah tanpa bnyk protokol dan birokrasi, mengotakan apa yg dikata, mengejar bekalan akhirat dan mengajak semua orang jadi orang baik-baik tanpa ada apa2 kepentingan diri atau politik …

itulah yg dipegang oleh kita semua sukarelawan thirdforce menangkis fitnah dan cacian segelintir yang sentiasa memburukkan abangraja dan thirdforce bila kes2 bantuan2 asnaf ini kita kongsikan.

Alhamdulillah …. Tukang-tukang kita sedang bertungkus lumus membaiki rumah asnaf ini berdasarkan pelan perancangan asal kita iaitu untuk menambah satu bilik tidur untuk anak perempuannya, ruang keluarga dan bilik air yang selesa.

Doakanlah agar semua usaha ini dipermudahkan Allah dan pastinya saham akhirat berterusan utk kita semua.

Teruskanlah sama-sama membantu bukan utk selesaikan masalah sekadar mengambil saham akhirat masing-masing. PM ke inbox facebook page ini utk detail bagaimana kita boleh terus sama2 membantu.

#jommjadiorangbaikbaik
#wearethe3rdforce
#togetherwearestronger

Laporan oleh
Afiffudin
Sukarelawan 3rd Force
Pasir Puteh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.