home Uncategorized PROGRAM DAPUR SYURGA- MERAIH CINTA ANAK-ANAK DI MA’AHAD TAHFIZ ASHABISSYAHID

PROGRAM DAPUR SYURGA- MERAIH CINTA ANAK-ANAK DI MA’AHAD TAHFIZ ASHABISSYAHID

PROGRAM DAPUR SYURGA-
MERAIH CINTA ANAK-ANAK DI MA’AHAD TAHFIZ ASHABISSYAHID, KAMPUNG INDAH

TAWAU 21 Januari 2018- Satu kenangan yang pasti akan kami kenang dan ulangi untuk bersama-sama adik-adik di ma’ahad tahfiz ini.

Keletihan menyediakan juadah hasil tangan kami dari sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah terbayar apabila melihat gelagat anak-anak ini menjamu selera. Tertib dalam senda gurau mereka sebagai kanak-kanak bakal pewaris Nabi menyebarkan Al Quran sangat mempesona.

Ada yang menyentuh hati para sukarelawan sewaktu menghidangkan makanan di bekas talam anak-anak ini. Ada 23 talam yang telah usang namun masih mereka gunakan. Semoga dimurahkan rezeki agar boleh menyumbang talam yang cantik dan tak berkarat yang boleh adik-adik ini gunakan.

Sempat meminta doa dari adik-adik untuk kami sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah agar sentiasa istiqamah dalam gerak kerja kemanusian, doa kepada para sahabat-sahabat di seluruh Malaysia yang sentiasa berkorban wang ringgit untuk membantu PERKALAS@3rd Force Sabah menyebarkan kebaikan, doa untuk abg Raja Shamri sentiasa diberikan kesihatan dan doa agar lebih ramai insan-insan mulia di luar sana hadir membantu kanak-kanak syurga ini di mana-mana pusat tahfiz.

Terima kasih semua yang terlibat menjayakan program pada hari ini. Setinggi penghargaan kami untuk team pengurusan ma’ahad tahfiz Ashabissyahid kerana sudi memberi ruang untuk kami melaksanakan aktiviti “DAPUR SYURGA”. Semoga semua dalam lindungan Allah.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *