Agihan Beras fidyah Asnaf ; Saham Akhirat Terbuka Luas
22 Januari 2018 | Pasir Mas- petang ini sukarelawan Thirdforce telah mengagihkan sumbangan beras fidyah bersama wakil Thirdforce Pasir Mas Kak Lah.
Sumbangan ini untuk diberikan kepada asnaf seliaan Thirdforce Pasir Mas yang meliputi anak-anak yatim, warga emas, pesakit yang terlantar dan fakir miskin.
Ini semua hasil sumbangan kalian semua dan kami hanyalah pengantara sahaja. Terima Kasih kepada semua yang tidak putus-putus menyumbang apa saja dan tetap bersama abangraja dan kami semua sukarelawan dalam kerja-kerja kemanusiaan ini. Kita semua keluarga besar thirdforce insyaAllah akan terus istiqamah membantu sekadar termampu.
Kepada mereka yang belum turut serta dan mahu menyumbang, ayuh sama-sama membeli saham akhirat masing-masing kerana seaungguhnya kami yang berada di lapangan melihat begitu ramai yg boleh kita bantu.
Jomm jadi orang baik baik.
#THETHIRDFORCE #jomjadiorangbaikbaik #RajaShamri2022
Laporan oleh Hasan
Sukarelawan thirdforce