home Latest News, Newsletters BANTUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK KAK JULAILI

BANTUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK KAK JULAILI

BANTUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK KAK JULAILI

22 Januari 2018| Pasir Mas- hari ini sukarelawan thirdforce dan Team Aura D’Raja telah melawat Kak Julailie yang pernah kita tularkan tempoh hari di Kampung Tanjung, Bunut Susu Pasir Mas.

Lawatan hari ini bertujuan melihat dan memeriksa pendawaian elektrik rumah kak Julailie. Kita difahamkan rumah asnaf ini tidak mempunyai pendawaian yang baik dan kita khuatir boleh mengakibatkan kecelakaan atau perkara yang tidak diingini berlaku.

Thirdforce akan cuba membantu membuat / membaiki pendawaian dirumah kak julailie dan ia bakal dilakukan oleh sukarelawan Hasan secepat yang mungkin. Sukarelawan Thirdforce Hasan adalah lulusan ILP Pengkaklan Chepa dalam bidang pendawaian letrik dan sepenuh masa bersama thirdforce sebagai sukarelawan.

Kunjungan ke rumah Kak Julaili juga menemukan kami dengan ayah kak Julaili yang juga tak sihat dan terbaring. Keadaan rumah yang sangat dhaif dan memerlukan bantuan kita semua. Perhatikan tilam tempat anak-anak beliau tidur seperti dalam gambar.

Kita merancang untuk merangka plan bantuan menyeluruh untuk keluarga ini meliputi bantuan berupa khidmat nasihat, sokongan spiritual dan ketuhanan, gotong royong bersih rumah, pendidikan anak dan sebagainya.

Abangraja juga ketika dihubungi mengharapkan lawatan berkala dilakukan oleh TF Pasir Mas.

Sebelum pulang, kami juga menyampaikan sumbangan beras fidyah dan baju yang masih elok dan kemas daripada seorang penyumbang kepada anak-anak kak julailie.

Terima kasih thirdforce ucapkan kepada semua penyumbang yang membantu keluarga kak Julailie ini.

#jomjadiorangbaikbaik #the3rdforce #togetherwearestronger#RajaShamri2022

Laporan oleh Ramadan
Sukarelawan thirdforce
017-7708767

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.