home Latest News, Newsletters MASIH ADA YANG TINGGAL DI RUMAH SEPERTI INI : TIDAK BERDOSAKAH KITA?

MASIH ADA YANG TINGGAL DI RUMAH SEPERTI INI : TIDAK BERDOSAKAH KITA?

MASIH ADA YANG TINGGAL DI RUMAH SEPERTI INI ; TIDAK BERDOSAKAH KITA?

24 januari 2018- Selepas menziarah keluarga Tok Ngah Junuh, kami dipelawa oleh Encik Kamsani, Penghulu mukim Kg. Bukit Awang Pasir Puteh untuk menyantuni satu lagi keluarga asnaf yang berada di kawasan mukimnya. Kerjasama antara thirdforce dan penghulu dan ketua kampung yang positif seperti inilah yang kita banggakan kerana ianya membongkar kedhaifan realiti sebenar masyarakat.

Biasanya di tempat lain sebelum Ini ketua kampung / penghulu sukar untuk bekerjasama dengan kita / NGO dan maklumat tentang orang miskin disorok kerana takut dikatakan tak buat kerja dsbg. Walhal bila ketua kampung / penghulu bersifat berlapang dada maka peluang untuk sama-sama berbuat baik merebut saham akhirat terbuka luas untuk semua. Anak mukim dapat kita sama-sama bantu.

Tahniah dan terima kasih dari kami keluarga besar thirdforce untuk Encik Kamsani Penghulu Bukit Awang. inilah yang baru dikatakan pejuang dan pembela rakyat. Bukannya sekat dan larang orang nak pakat-pakat bantu, menyorok kes-kes kemiskinan takut orang kata tak buat kerja dan sebagainya. Kita nak lantik penghulu encik kamsani untuk jadi sukarelawan thirdforce jugak lepas ni. Sebab kita perlukan ramai orang baik-baik macam ini untuk bersama kita.

keadaan rumah asnaf Asri dan keluarga di kampung Air Terjun, Bukit Awang, Pasir Puteh

Sebelum bertolak kami diberitahu yang keluarga ini tinggal di sebuah pondok yang sangat daif dan boleh dikategorikan seperti kandang kambing. Pada awalnya, kami kurang mempercayainya. Setibanya kami di kampung Air Terjun, kami dibawa menuju ke sebuah ladang kelapa sawit di mana kami difahamkan tinggalnya keluarga daif ini, kami terpaku dan sebak apabila melihat dengan mata sendiri keadaan persekitaran pondok dimana tinggalnya keluarga Encik Asri.

Di awal tahun 2018 di saat negara sudah 60 tahun merdeka inilah kenyataanya. Di saat masjid-masjid dibina dengan kos jutaan ringgit namun satu saf solatpun tak penuh. inilah kenyataanya. Di saat … huhhh .. malaslah nak cakap. Tak terucap dengan kata-kata, apabila pertama kali menjejakkan kaki disekitar kediaman mereka sekeluarga. Bagaimanalah kehidupan seharian mereka di sini, makan minum anak-anaknya dan sebagainya. En.Asri hanya mengambil upah memungut kelapa sawit. Menyara 5 orang anak yang masih bersekolah. Yang berusia 6 hingga 14 tahun. Isterinya Alina pula tidak bekerja. Kami difahamkan, anak sulungnya sudah berhenti sekolah mungkin disebabkan faktor persekitarannya.

Mereka sekeluarga hidup dalam serba kedaifan.Tanpa mendapat apa-apa bantuan. Pondok usang yang didiami mereka tiada bekalan air bersih, tiada bekalan elektrik. Kami difahamkan, Encik Asri dan keluarganya ini baru sahaja berpindah di pondok ini selepas tidak lagi mampu membayar sewa rumah beliau sebelum ini. Pondok yang didiami beliau sekarang ini pun adalah ehsan dari tuan tanah yang mengupah beliau mengait buah kelapa sawit. Itupun beliau berasa amat bersyukur kerana sekurang-kurangnya ada juga tempat berteduh keluarga beliau dari hujan dan panas.

Abangraja yang berada diluar kawasan ketika dihubungi tak dapat menahan sebak melihat gambar-gambar yang dikirim dan berkali-kali mengatakan “KITA SEMUA BERDOSA” kerana membiarkan masih ada orang macam ni di negara kita. Kami akan menyusun program bantuan menyeluruh untuk keluarga ini merangkumi :-

Memohon bantuan JKM / Baitul mal
Relocate keluarga ini kerumah yg selamat dan selesa
Mendapatkan pekerjaan yang sesuai
Bantuan persekolahan anak-anak
Bantuan pemeriksaan kesihatan
dan sebagainya.

InsyaAllah, sahabat-sahabat abangraja di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal pasti akan sedia membantu sebagaimana biasa. Terima kasih kepada mereka diluar sana yang sentiasa menyokong gerak kerja kemanusiaan ini. Jom rebut saham akhirat masing-masing. Membantu secara terus tanpa sebarang protokol dan birokrasi. Abangraja pesan TOLONGLAH JANGAN CARI SALAH SESIAPA KERANA INILAH PELUANG PAHALA KITA.

Kita bantu sedikit sorang. Kita jadi orang baik-baik dengan tidak cari salah sesiapa. kita rebutkan saham akhirat yang terbuka ini. Abangraja dengan ini melancarkan serta merta program khas “MASIH ADA YANG SAYANG untuk keluarga En. Asri”. Kami menunggu abangraja balik dari ourtstation hari ni untuk memulakan plan bantuan. Kalian sama-sama bantu ya!

PM ke inbox fb page ini untuk detail bagaimana boleh sama-sama membantu. Facebook ni facebook page jadin tak boleh nak PM orang lain. Kalianlah yang kena mesej ke inbox fb ni dulu. Janganlah asyik mintak abangraja PM kalian je … PM … PM … abangraja bukan PM …

#wearethethirdforce
#togetherwearestronger
#jomjadiorangbaikbaik

Laporan affifuddin mohd
Sukarelawan Thirdforce
019-7708767
017-387 2232 (abangraja)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.