home Construction UPDATE PENAMBAHBAIKAN RUMAH KAK RAHIMAH, IBU TUNGGAL ANAK 7

UPDATE PENAMBAHBAIKAN RUMAH KAK RAHIMAH, IBU TUNGGAL ANAK 7

UPDATE PENAMBAHBAIKAN RUMAH KAK RAHIMAH, IBU TUNGGAL ANAK 7 ; MENGOTAKAN AMANAH

25 Januari, Kuala Krai – 2 minggu selepas kunjungan abangraja dan thirdforce ke rumah mereka, Alhamdulillah kerja-kerja pembinaan rumah Kak Rahimah berjalan dengan lancar dibantu oleh tukang-tukang kita yang mana turut membantu kita dengan mengenakan upah paling rendah bebanding orang lain.

Tukang kita telah mula mengikat bata untuk dinding, ‘beam’ juga telah siap. Ini semua hasil sumbangan anda semua, hasil dari kasih sayang anda semua. Namun begitu tukang kita tak bekerja hari ini kerana ketua tukang kita kematian bapa saudaranya. Sama-sama kita ucapkan takziah untuk ketua tukang kita.

Kita bersyukur kerana di datangkan dengan tukang-tukang rumah yang baik, kedai ‘hardware’ yang murah hati, sukarelawan yang bertugas tanpa mengira masa, ketua kampung yang baik-baik dan ramai lagi. Menyebabkan keluarga kita semakin besar dan semakin jauh rasa kasih sayang ini dapat di sebarkan.

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahukabar

Semoga segala usaha kita ini menjadi bekal atau saham kita di sana nanti, menjadi asbab kita di hadapanNya nanti.. abangraja selalu pesan cakap meski serupa bikin. Baru Allah sayang.

Bila kita kata akan bantu maka kita bantulah setakat yg termampu tanpa bnyk protokol dan birokrasi. Selebihnya kita serah saja pada Allah.

Insya Allah..

Untuk sama-sama membantu sila pm inbox atau wassap 017-3872232

#jommjadiorangbaikbaik
#wearethe3rdforce
#togetherwearestronger

Laporan oleh
Sauti
Sukarelawan 3rd Force
Batu Balai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *