home Latest News SEDEKAH MELAPANGKAN REZEKI DAN HATI

SEDEKAH MELAPANGKAN REZEKI DAN HATI

SEDEKAH MELAPANGKAN REZEKI DAN HATI

Sebentar tadi lebih kurang jam 2 petang aku berurusan di bandar Tawau. Mata berhenti pada seorang nenek yang duduk termenung di kaki lima sebuah pasaraya. Mungkin dia termenung memikirkan jualannya belum laku.

Hati tergerak untuk mendekatinya dan ingin memgenali nenek ini. Duduk di sebelah sambil bertanyakan jualan kerepek pisang, kacang goreng dan kerepek ikan itu yang dijual oleh nenek ini. Harga Rm2 sebungkus, nenek pelawa beli dan nenek cuba memujukku.

Aku sebenarnya bukan memikirkan kerepek itu tapi nasib nenek ini. usia nenek ini sekitar 70 tahun namun harus melalui nasib sebegini. Aku bertanya ada anak-anak ka? mukanya sayu lalu menggelengkan kepala.

Kebetulan hari ini 25 haribulan (gaji beb hihihi) buka dompet masih ada sedikit rezeki tersisa. Ku capai wang kertas tanpa melihat yang mana satu. Takut bila aku melihat pasti duit kertas yang paling kecil akan dikeluarkan.

Adoi manusia meminta kepada Allah mahu kekayaan, mahu kesenangan, mahu kereta besar, mahu rumah besar, mahu selamat, mau rezeki mencurah-curah…. Hihihi tetapi ya Allah nak keluarkan isi dompet untuk bersedekah sangat berat hati apa lagi wang kertas warna ungu.

Kuhulur kepada nenek wang kertas berapa yang dicapai oleh tanganku. Nek hari ini kau boleh balik awal. In sya Allah selepas ini team sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah akan menyelusuri tempat tinggal nenek ini untuk menyalurkan bantuan yang sepatutnya.

Nak tau apa urusan menyebabkan aku rela mengharungi kepadatan lalu lintas di tengah bandar Tawau? aku nak dapatkan borang asrama anak buah yg hidup susah. Allah bukan hanya mempermudahkan urusan dapatkan borang kemasukan ke asrama namun di tawarkan biasiswa oleh pegawai yang aku jumpa tadi…

Hikmah sedekah bukan semestinya dapat duit banyak. Rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk. Kesihatan, hati yang tenang, Sentiasa merasa cukup, punya sahabat yang baik, masih bernafas itu juga rezeki yang luar biasa Allah kurniakan kepada kita.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.