home Latest News SEHARI DALAM HIDUP SUKARELAWAN THIRDFORCE

SEHARI DALAM HIDUP SUKARELAWAN THIRDFORCE

SEHARI DALAM HIDUP SUKARELAWAN THIRDFORCE

26 Januari 2018/ 10.55 pagi / Hentian Genting Sempah

Dalam perjalanan balik dari ibu kota pagi ini kita menerima panggilan telefon dari Kak Yah yang memberitahu beliau sedang berada dalam kesempitan. Barangan dapor dah habis, katanya. Duit JKM belum dapat lagi. Pilu mendengar rintihan ibu kepada 7 orang anak. 3 daripada OKU masalah penglihatan yang kita hantar ke SM Khas Setapak 2 Januari lalu.

Manakala suaminya En Nik Fazli seorang bekas penyelia keselamatan yang terpaksa berhenti kerja kerana masalah kencing manis yang agak kritikal. Kalau boleh nak minta sedikit minyak masak, mee hon, biskut dan seumpamanya sementara menanti duit bantuan JKM masuk untuk perbelanjaan bulan ini. Kak Yah adalah penerima bantuan JKM sebanyak RM200.00 sebulan untuk menyara anak-anak yang sedang masih bersekolah dan suami yang sedang terlantar.

Setelah dilakukan sedikit usaha dapat juga kami hantarkan sedikit bantuan segera untuk Kak Yah yang begitu mengharapkan perhatian kita semua.

Alhamdulillah…

“KITA PEDULI KERANA ALLAH”

Kak Yong
Ketua Sektor Kebajikan dan Anak Prihatin
The 3rd Force
017-923 9831

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *