home Latest News UPDATE BANTUAN UNTUK MAKCIK NIKMA BINTI PANTO

UPDATE BANTUAN UNTUK MAKCIK NIKMA BINTI PANTO

UPDATE BANTUAN UNTUK MAKCIK NIKMA BINTI PANTO

TAWAU 25 Januari 2018 | Alhamdulillah hari ini team sukarelawan PERKALAS @ 3rd Force Sabah telah datang melawat dan berkongsi rezeki hasil sumbangan sahabat-sahabat PERKALAS@3rd Force Sabah di luar sana.

Makcik Nikma merupakan tulang punggung keluarga sebelum ini. Wanita ini sentiasa bekerja bersungguh-sungguh di ladang kelapa sawit untuk menghidupi anak-anaknya. Walau pendapatannya kecil beliau tak pernah berputus asa apa lagi mahu menyerah dengan takdir hidupnya. Namun keadaan berubah sejak dua tahun lalu.

Kesihatannya semakin merosot dan makin parah apabila sejak dua bulan ini makcik Nikma hanya terlantar di katil kerana menderita sakit kaki dan menghidap penyakit misteri yang membuatnya gelisah. Sudah banyak duit digunakan untuk kos berubat sehingga wang simpanan habis semua terpakai.

Banyak kes seperti ini yang dipaparkan oleh team PERKALAS@3rd Force Sabah sebagai tatapan umum. Keperitan hidup sahabat-sahanat asnaf ini merupakan satu pengajaran besar untuk kita. PERKALAS @ 3rd Force Sabah ini sebagai wadah untuk kita bersama berbuat kebaikan. Sehingga aktiviti bersama-sama membantu sahabat-sahabat asnaf ini boleh dijadikan satu “budaya” dalam kalangan masyarakat kita.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *