home Latest News Bantuan membina bilik untuk Kak Noriah : Menyelamatkan Kesucian Meletakkan Batasan

Bantuan membina bilik untuk Kak Noriah : Menyelamatkan Kesucian Meletakkan Batasan

Bantuan membina bilik untuk Kak Noriah : Menyelamatkan Kesucian Meletakkan Batasan

Ahad | 28 Jan 2018 | Pasir Mas : Puan Noriah adalah seorang ibu tunggal yang tinggal bersama 4 orang anaknya.

1.Nor Natashya Ab Ghani ( 19 tahun)
2.Mohd Ezzat Amirul Ab
Ghani (18 tahun)
3.Mohd Ezzat Aiman
Amirul Ab Ghani(16tahun)
4.Nik Mohd Ezzat Ezzani Ab Ghani (13 tahun)

Suami Puan Noriyah telah meninggal dunia pada Disember 2016. Sebelum suaminya meninggal dunia, arwah mengusahakan penanaman kulat dan kini Puan Noriyah meneruskan usaha penanaman kulat ini. (Kulat dalam bahasa kelantan bermaksud cendawan)

Pendapatan dari penanaman kulat ini tidak menentu kerana ada ketika kulat yang di tanam rosak dan tidak boleh di jual.

Rumah yang di diami Puan Noriyah sebelum ini tiada mempunyai bilik dan ini menyukarkan bagi anak perempuannya yang semakin meningkat dewasa.

sukarelawan thirdforce mengukur jarak untuk membina bilik

Semasa hayat arwah suami Puan Noriyah masih ada, beliau telah mencuba membuat bilik untuk anak perempuannya. Tetapi tidak sempat di siapkan kerana telah meninggal dunia. Bilik itu hampir 50% siap.

Thirdforce bercadang untuk membantu membina bilik untuk asnaf terutama agar anak-anak perempuan beliau termasuk Puan Noriah sendiri lebih selesa dan terjaga aurat serta kehidupan sosial harian mereka.

Mana-mana individu, koperat, ejensi yang mahu membantu membina secara gotong royong, thirdforce amat mengalu-alukan.

Ayuh sama-sama doakan agar dipermudahkan segala urusan asnaf ini. Thirdforce juga telah menyampaikan bantuan barangan dapur kepada kak noroyah ini

Thirdforce mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datin Syarifah kerana tidak putus-putus menyokong kerja kemanusiaan ini sejak sekian lamanya …

Jom jadi orang baik baik

#RajaShamri2022
#jomjadiorangbaikbaik
#thirdforce
#togetherwearestronger

Laporan oleh Arif /Zulkifli
Sukarelawan thirdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *